Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh.
Sekadar Hiasan..
Setelah hampir 2 bulan Blog ini bersawang dan berhabuk! kan..
Semua gara-gara kesibukan diri yg melanda. Mengutip segala kelemahan untuk di perbaiki. Juga, mengatur hidup untuk menjadi insan yang berguna. insyaAllah.
Alhamdulillah . Pertamanya bersyukur ke hadrat Illahi di atas nikmat yang di berikan. Setelah hampir sebulan Imtihan berlalu, kini tibalah masanya menunggu 'natijah' rasmi yang akan di umumkan sehari dua lagi. Walaupun 'natijah' Control telah di lihat. Tetapi hati masih lagi risau dan tidak tenteram. Mohon doakan kejayaan kami ya teman-teman. Juga Alfu
Mabruk! untuk sahabat-sahabat yang telah berjaya di dalam imtihan yang
lepas. Dan melayakkan anda untuk pergi ke peringkat seterusnya. Juga
untuk roomate Mohd Noorfendi Abd Jabar di atas kejayaan itu. Syabas!.
Pastinya, ia sesuatu yang mencabar.Jatuh bangun juga adalah perkara biasa. Terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko di dalam menguruskan. Ianya sesuatu pengalaman yang amat menarik. Kepercayaan, kejujuran dan kesabaran adalah aset penting dalam apa jua tindakan. Komunikasi yang baik juga merupakan agenda penting dalam menguruskannya. Semoga suatu hari nanti dapat merealisasikan impian dan cita-cita untuk mewujudkan Faiz Travel & Tour. InsyaAllah.
Segalanya bermula di sini. Mengajar erti sebuah persahabatan. Indahnya hidup bersahabat. Setelah bertahun hidup dalam suasana asrama. Kini ianya menjelmakan sebuah perasaan tenang dan semangat sillaturrahim kekeluargaan. Bak kata pepatan " Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ". Alhamdulillah terubat sedikit rasa kerinduan dengan mak abah di Kampung. Suasana yang menceriakan dengan ahli rumah yang sangat harmoni dan ceria. Mad, antoy, topek, nordin, razi, paan dan tetamu-tetamu yang hadir silih berganti. kamu semua adalah yang terbaik bro ! haha
Semoga Ramadhan kita kali ini adalah yang terbaik daripada yang lepas. Sama-samalah kita meng'upgrade' amalan ibadah kita. Agar kita mendapat ganjara pahala yang di janjikan pada bulan suci ini. Sekaligus dapat mempertemukan kita dengan malam Lailatul Qadr. InsyaAllah..Selamat berpuasa teman-teman!
Sesungguhnya memohon dan berdoa selama bulan penuh berkah, niscaya akan
selalu diberikan pintu maaf kepada kita, maka dari itu sampaikanlah doa
ramadhan selama bulan suci puasa ini. Read more at: http://www.rio-chikara.com/2012/07/doa-doa-puasa-ramadhan.html Copyright by www.rio-chikara.com Terima kasih telah mencatumkan link anda pada artikel kami
Sesungguhnya memohon dan berdoa selama bulan penuh berkah, niscaya akan
selalu diberikan pintu maaf kepada kita, maka dari itu sampaikanlah doa
ramadhan selama bulan suci puasa ini. Read more at: http://www.rio-chikara.com/2012/07/doa-doa-puasa-ramadhan.html Copyright by www.rio-chikara.com Terima kasih telah mencatumkan link anda pada artikel kami
0545PM, Abdeen, Cairo.
3 comments:
pergh baju....nk jugak POLO!!! hahaha
Bukan POLO ler...X mampu mak!
update laaa.. hehe
Post a Comment