Assalamualaikum
Terasa seperti baru semalam berkecimpung dalam dunia Blogger. Juga seperti baru sahaja tadi selesai menukil di blog yang bersawang ini. Nah ! Sudah bertahun blog ini tidak dibuka.Namun segala-galanya telah banyak berubah.
' Aku yang dulu bukanlah yang sekarang ' by Tegar
Batu-bata kehidupan yang hakiki telah mula di jejaki. Namun dengan diri yang serba kekurangan, terkadang alpa dan lalai mula menyelubungi aku bersyukur !Di kelilingi insan-insan yang banyak memberi teguran, tunjuk ajar dan sokongan. Terima kasih semua ! Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik korang. InsyaAllah..
Semoga yang terbaik untuk kita semua . Hidup dan mati hanyalah untuk-NYA . DIA punya hak dan DIA punya kuasa. Setiap ketentuan-NYA penuh dengan segala hikmah baik ataupun sebaliknya.
Kesabaran dan percaya pada Qada dan Qadar adalah kekuatan untuk kita sebagai hamba-NYA.
Tiada lagi ucapan, Selamat Hari Bapa !