Saturday, February 25, 2012

Sebuah Kehidupan


Hidupku..
Kenapa engkau bermasam muka,
Kenapa engkau bersedih hati,
Kenapa engkau menyalahkan takdir,
Kerna engkau adalah kehidupan.
Bukankah itu coraknya,
Bukankah itu gerak-gerimu,
Bukankah itu dugaan dan cabarannya.
Kerna DIA Maha Kuasa
Tidak semua yang buruk berkahir dengan duka
Tidak semua yang baik berakhir dengan senyuman
Tetapi baik dan buruk itu adalah kehidupan.

Hidupku..
Engkau berjalan seperti roda,
Seumpama paksi bersama orbitnya,
Kadangkala putih,
Kadangkala hitam,
Yang akhirnya tercipta pelangi,
Bukankah ianya menarik ?

Hidupku..
Itula engkau,
Janganlah engkau tersungkur,
Janganlah engkau pasrah,
Jangan pula engkau berputus-asa,
Tika engkau di bawah,
Jangan pula engkau lupa dan alpa,
Jangan pula engkau sombong dan riak,
Tika engkau megah di puncaknya.

Kerana DIA Maha Mengetahui setiapnya,
Setiap yang tersurat dan tersirat,
Setiap yang baik dan buruk,
Segalanya sudah tertulis suratan untukmu.
Kehidupan seorang 'abid' ,
Hanyalah mencari redha Illahi.

25 Oktober 2010.
11.00pm, MalaysianHallCairo, Egypt.

Friday, February 24, 2012

DUNIA REALITI




GEMBIRA dan sedih. Ungkapan yang mudah untuk di fahami. Tetapi bagi saya ungkapan ini membawa erti besar dalam kehidupan yang telah dibina mahupun yanag akan dibina. Gembira, kerana tempoh inila yang di tunggu-tunggu. Sesuatu tempoh yang memerlukan kematangan dalam menghadapi, memikir, mentafsir dan meneliti. Sedih pula kerana 'tempoh percubaan' telah tamat. Yang mana tidak ada lagi kesilapan atau kesalahan-kesalahan kecil dalam apa jua tindakan. Ketika ini,bermacam-macam persoalan yang bermain di kotak pemikiran saya. Ya Robb, Semoga saya dikurniakan kesabaran dan kekuatan tika menghadapinya dismping insan-insan yang banyak bekorban dalam mengharungi kehidupan ini.

Sedar tidak sedar, suku daripada umur manusia telah saya habiskan di pentas lakonanNYA ini. Pelbagai watak juga telah saya lakonkan. Setiap peralihan usia juga telah saya lalui. Persoalannya, apakah sumbangan yang telah saya berikan untuk diri sendiri ? Sudahkah bersedia untuk menghadapi ' dunia realiti ' ?. Sedia atau tidak bolos saja dinding itu. Tiada lagi 1001 alasan. Ayuh!

Begitulah realitinya kehidupan yang beronak-duri. Yang berusaha gigih dengan keazaman pastinya di takdirkan berjaya. Bagi yang malas, alpa dan lalai pastinya akan di tindas dan ketinggalan. Berusahalah selagi masih di kurniakan kudrat. Justeru itu, saya cuba untuk mengurangi kesilapan dan melebihi segala kemahiran dalam pelbagai aspek selagi termampu. Insha-Allah. Saya akan cuba merancang dan menerokainya. Bak kata seseorang " Untuk menjadi hebat, anda perlu mencuba. Jangan takut jika terjatuh. Kerana jatuhnya anda itula penyebab untuk anda berjaya".

BULAN FEBRUARI!

Bagi saya, bulan yang sangat menyibukkan diri berbanding bulan-bulan yang lain. Kerana terlibat dengan pelbagai program rasmi atau tidak. Itula tanggungjawab seorang pelajar. Menggunakan masa dengan sebaiknya untuk diri dan rohani. Ilmu dan persatuan sangat penting untuk melahirkan pelajar yang berwibawa dan berinovasi. Yang fleksibel dalam apa jua perkara.

Diantara program-program saya sepanjang bulan Februari ini yang dapat saya kongsikan.

1- Percutian ke RedSea Hurgada, Egypt . "  Saya sangat takjub akan keindahan di sana"

2- Pilihanraya Exco JKP DMAK 2011/2012. Sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk memimpin.
" Bepersatuan adalah wadah terbaik untuk mentarbiah diri".

3- The 3rd Annual Festival Of BKPJM. " BKPJM keluarga kita". 
Tahniah dan syabas saya ucapakan kepada BKPJM dan ahli-ahli. Tersentuh hati akan cabaran dan dugaan yang dihadapi. 

4- Forum Perundangan Islam: " Profession peguam syarie antara bidang kerjaya dan medan perjuangan " yang disampaikan oleh Dato` Zainul Rijal Abu Bakar.
Adakah saya layak menjadi peguam?...

5- BukuOren.blogspot.com telah di tubuhkan untuk merealisasikan ' aku ingin menulis'. Jutaan terima kasih bagi insan-insan yang membantu dalam pembikinan blog ini. Jasa kalian tidak dapat saya balas.

6- Berjumpa dengan orang-orang Hebat! Di antaranya Perdana Menteri Palestine Ismail Haniya, dan Penulis Blogger Egypt Aasem.

Berbicarala dgn org-org hebat! Mungkin di sana ada kalam-kalam 'hebat' yg boleh di adaptasi. Mungkin juga tidak dpt menjadi sepertinya, mungkin juga lebih 'hebat' daripadanya. yakinlah bahawa orang-orang hebat juga pernah jatuh. Gembira dgn berita kejayaan orang-orang hebat. Saya juga ingin menjadi sepertinya insyaAllah.

Akhirnya, semakin saya mengetahui semakin diri saya rasa kekuranga. Justeru itu, bukanlah banyaknya program yang telah kita sertai. Tetapi apakah di setiap program itu menyumbang sedikit manfaat untuk diri sendiri ? Percayalah!, tidak ada yang mustahil bagi mereka yang berusaha gigih jika semangatnya berpandukan akal dan syariat pegangan hidup. Semakin kita mencari, semakin kita mengetahui, semakin dekat kita padaNYA.

Selamat tinggal " dunia percubaan ". Dan selamat datang " dunia Realiti ".

02.56am,MalaysiaHallCairo, Egypt.


Thursday, February 16, 2012

Bangkitlah!




Bangunla dari tidur yang lena,
Usahlah bermimpi di siang hari,
Berlarilah dengan usaha dan semangatmu,
Yakin pada diri,
buktikan pada diri.
Bangkitlah!
Tiada ungkapan sesalan di hari mendatang,
Tiada tangisan pilu yang teresak-esak,
kerna itula ukiran kenangan buatanmu.
Usahakanlah dengan sepenuh kudrat.
Menangislah hari ini ,
Kerana tiada erti menangis kegagalan di esok hari.
Hayatilah pengorbanan mereka,
Tiada yang lebih beharga daripada kejayaan anda.
Sesungguhnya hidup ini pengorbanan.
Berfikir dan bertndaklah sebelum terlambat.

Isnin
29 Nov 2010
0700am
315, ARMA.



Tuesday, February 14, 2012

~PEMERGIANMU~




Semakin hari, semakin menghilang rakan-rakan yang sama-sama berjuang di bumi Mesir ini. Seorang demi seorang pergi meninggalkan Mesir. Tiada apa yang mampu aku luahkan. Sedih dan terharu di atas perpisahan ini. Lambaian terakhir yg telah kamu berikan itulah menjadikan aku  lebih bersemangat untuk berjuang sehabis-habisnya.insyaAllah. Walaupun air mata tidak berguguran, tetapi hati yg kecil ini menangis. Siapa yang tahu...syahdu!hahaha...

Suatu masa dahulu kita bersama-sama mengharungi susah payah dan onak-duri di Perlembahan Nil ini, tetapi hari ini kamu di berikan rezeki yang baik untuk pulang terlebih awal daripada aku, Tahniah dan Syabas! Semoga perjuangan kalian tidak terhenti di sini, malah dapat melebarkan perjuangan ilmu itu di Malaysia.

Doa dan pintaku agar suatau hari nanti kita diberikan keizinan dariNYA untuk berjumpa. Sudah menjadi lumrah dan hakikat manusia akan bertemu dan pasti akan berpisah. Itula kehidupan manusia. oh kawan! Begitu indahnya insan yang bergelar sahabatkan.

Salam perpisahan  buat sahabat-sahabat sekalian. Bagi aku kalian adalah sahabat yang terbaik yang pernah aku jumpai dan temui. Aku sangat-sangat menghargainya. Biarla kenangan yang kita lalui itu menjadi kenangan manis. Andaikata gurauan dan kata-kataku ada menyebabkan kalian terguris hati maafkanlah. Aku sangat-sangat menghargai sebuah persahabatan.

Sahabat,
suatu ketika dahulu engkaulah tempat aku meluahkan,
sekarang itu hanyala kenangan.
suatu ketika dahulu engkaulah tempat untuk aku bergurau,
sekarang itu hanyala memori indah,
Yang kita sama-sama lakarkan,
dalam mengharungi titian perjuanagn,
sungguh indahnya!

Sahabat,
Biarla air mata perpisahan,
menjadi saksi persahabatn kita,
Lambaian terakhir,
Senyuman manis,
sungguh indahnya!
Moga kita diberi keizinan untuk melaluinya sekali lagi.

Sahabat,
Pahit dan manis kehidupan pernah kita lalui,
Jatuh dan bangun kehidupan juga telah kita lalui,
Andaikata ianya pernah mengguris hatimu,
Maafkanlah aku...

p/s
Salam perpisahan untuk:-
Badang, Saed, Saman, Hajida, Debab, Khalid, Fendi(piak2),  dan FirdausAhmad,






~ Aku mahu menulis~

Semoga di beri lebih kekuatan untuk menulis. Tidakla merasa yakin di atas setiap apa yang ingin di lakarkan. Tetapi hanyala berkongsi. Setiap apa yang di lalui...insyaAllah...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More