Friday, May 4, 2012

Pesawat Charlie 'Heroku'

 Ketika 'mereka' kurus-kurus..

Perhatian!
Kepada semua penghunia Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Pada malam ini jam 11.00mlm-0700pg perintah berkurung telah dikuatkuasakan semula demi keselamatan sahabat-sahabat semua.

Ha! amaran perintah berkurung telah di laungkan dan di peringatkan sebentar tadi. Ianya benar-benar mengingatkan aku peristiwa yang berlaku pada revolusi Mesir 25 januari tahun lepas untuk menggulingkan Hosni Mubarak. Peristiwa yang berlaku sekelip mata. Yang membawa aku bersama teman-teman terbang ke Malaysia secara percuma. Ianya juga merupakan sebuah catatan sejarah untuk Malaysia dan Egypt.

25 Januari 2011.
Disaat itu, aku juga berada di Medan Tahrir bersama seorang teman untuk menguruskan pembelian tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Langsung tidak menyangka sesuatu perkara buruk akan berlaku. Mungkin kealpaan dan kesilapan diri yang sudah lama tidak membaca berita-berita terkini kerana sibuk dengan imtihan yang sedang berlangsung. Kelihatan juga barisan polis bersama senjata dan perisai.  Di dalam hati, " ah! ini sudah perkara biasa di Mesir ".

Berjalan dan terus berjalan. Demi menyempurnakan misi hari itu. Tiba-tiba kelihatan beberapa buah kereta kebal tentera bersama dengan ribuan himpunan manusia sedang berdemontrasi. Barulah aku tahu, ianya merupakan himpunan suara rakyat membuat demonstrasi untuk menggulingkan pemimpin mereka. Gementar dan cuak terus bermain di dalam hati ketika itu. Kami sudah tersepit di tengah-tangah di antara polis dan rakyat Mesir. Pada muka! Mak tolong mak.....hehehe
Bermulala episod ketika itu lari-lari anak menyelamatkan diri daripada polis yang menyemburkan gas pemedih mata.Taubat oh taubat. Janji tidak buat lagi.

Rentetan daripada episod itu, hari demi hari keadaan bertambah semakin parah di Kaherah, Iskandariah , Terusan Suez dan beberapa tempat lagi. Ditambah keparahannya apabila di umumkan bahawa banduan-banduan di penjara terlepas dan membuat kacau-bilau serta jenayah-jenayah kecil. Maka bermulala episod perintah berkurung, kehabisan stok makanan, sekatan-sekatan di setiap jalan, line telefon dan internet di matikan, pelajar-pelajar Malaysia berkampung di Malaysia Hall dan DARURAT. Yang menyebabkan kerisauan oleh ibu bapa di Malaysia. Dan menggesa anak-anak mereka di hantar pulang demi keselamatan.

Charlie 'Hero' kami!

Charlie merupakan pesawat pangankutan TUDM. Juga merupakan pesawat yang di takdirkan untuk menerbangkan dan menyelamatkan kami dari Kaherah ke Jeddah. Tidak seperti pesawat MAS dengan layanan yang sangat baik dan keselesaan yang memuaskan. Walaupun rupa di dalamnya penuh dengan wayar-wayar seperti separuh siap. Itulah pengalaman 2 jam yang paling mengembirakan dan menyeronokkan. 2 jam ok lagi. Lebih-lebih jam " i'm sorry". Gegaran seperti naik lori sangat menyeramkan,  layanan seperti askar dan macam-macam lagi.
Askar : " depan lagi, depan lagi..".
Kami: " dah tak muat lagi bang "
Askar: " lutut bercamtum lutut. Depan lagi faham x!"
kami: " Baik.." walaupun sempit, itula semangat setiakawan. hehe
Seperti di dalam latihan ketenteraan. Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih kepada TUDM yang sanggup menyelamatkan kami. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Masih ingat lagi kah waktu itu ? 
Siap ada yang selunjur kaki letak di bahu orang lain. Siapakah itu ? jeng jeng jeng..

Pelarian di Jeddah. 

Alhamdulillah. ketika di  Jeddah,Arab Saudi selama hampir seminggu, kami di layan dengan baik dan memuaskan di Madinatul Hujjaj. Dari segi peginapan, makanan, keperluan asas dan sebagainya. Saat yang di tunggu-tunggu ketika itu adalah pengumuman. Pengumuman nama-nama bertuah untuk pulang ke tanah air. Berhari-hari kami menunggu, maka tibalah masanya, untuk kumpulan kami pulang ke Malaysia. Melonjak-lonjak keriangan dan kegembiraan. Seperti kanak-kanak memperolehi barang mainan. Sungguh indah !Siapa pula yang melonjak-lonjak kegembirangan, siap bahagi-bahagikan makanan pada orang lain, siap salam orang sekeliling. Tiba-tiba, maaf penerbangan anda semua di batalkan. buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!  Sangat indah ketika itu.


Oh Malaysia...

Bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi apabila kami selamat tiba di KLIA dengan selamat dan jayanya daripada Mesir sebuah negara yang sedang bergolak ketika itu. Tiada yang lebih penting ketika itu, melainkan berjumpa dan bersua dengan emak dan abah yang menahan kerisauan berminggu lamanya. Untuk memperlihatkan diri ini sihat dan selamat daripada musibah. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam misi 'Ops Piramid' menyelamatkan kami di Mesir. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa kalian. insha-Allah. Marilah kita semua sama-sama mendoakan agar keamanan dan kesejahteraan di pelihara oleh Allah. Ameen.


Ayuh memikir, mentafsir dan meneliti.





1140pm, MalaysiaHall Abbasiah, Cairo.



 




3 comments:

E n t o y C a i r o said...

terbaik...heee

Mohd Faiz Esa said...

syukran ala kalam..

nachmannjaeleigh said...

Casino Review 2021 - Where to Play in Nairobi
Nairobi is a 코인갤 bustling city, 울산 대딸 with many casinos and some really amazing casinos. You'll find out where you can play the best 바카라 룰 Nairobi casinos here in  Rating: 8/10 · ‎Review by 룰렛 배팅 Kizito Katawonga 브라 밝기조절

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More