Friday, August 31, 2012

Merdekakah Aku ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..



Sekadar Hiasan...

SALAM Kemerdekaan yg ke-55 untuk semua Warganegara Malaysia dengan tema 'Janji Ditepati'. Tepuk dada tanyala diri sendiri yang lebih memahami erti sebuah kemerdekaan. Kita bukan kanak-kanak kecil yang apabila di berikan 'gula-gula', terus tersenyum sambil menikmati nikmat 'gula-gula'. Tetapi kita punya akal yang bijak untuk mentafsi, memikir dan menilai. Adakah kita sudah merdeka ?. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Bersama-samalah kita menjaga kemakmuran dan keharmonian negara Malaysia. Juga berganding bahu untuk membina dan membentuk generasi acuan Al-Quran, demi kesejahteraan sejagat.. Insha Allah.

Merdeka kah Aku ?


Lakaran kehidupan manusia di Bumi Allah S.W.T adalah pelbagai dan berbeza-beza. Yang menjadikan ianya lebih menarik dan unik. Seperi juga Mahluk Tuhan yang lain seperti gunung-ganang, batu-batuan dan lain-lain lagi. Semuanya beraneka jenis dan pelbagai. Akan tetapi setiap penciptaan hamba itu adalah dengan tujuan yang satu iaitu dengan mencapai  maghfirah dan keredhaanNya. ' Hidup ini umpama roda, kadang-kadang kita di bawah, kadang-kadang juga kita di atas' Bersabar dan bersyukurla di mana pun kita berada kerana di sana ada hikmah yang terbaik untuk kita.

Terasa sangat berat untuk membicarakan, lagilah berat untuk bermonolog! Seperti berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Segala-galanya di serahkan seluruh jiwa dan raga kepada Sang Pencipta. Ya Robb Engkau lebih mengetahui diri ini. Masih mengharap dan terus mengharap, meratap dan terus meratap, merayu dan terus merayu padaNya agar di bukakan jalan menuju ke Syurga Allah... Insha Allah.
Semoga segala yang di lalui ini mampu mentarbiah dan mendorong diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada orang lain. Kerna itu tekadku.


Yakinlah, setiap hamba yang bergelar manusia pasti akan sentiasa di uji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Bersabarlah kerana itu tanda kasih sayang Allah S.W.T pada kita. Tidak akan di timpakan sesuatu ujian, melainkan wujudnya jalan penyelesaian. Allah S.W.T Maha mengetahui setiap sesuatu kejadian. Oleh itu, berdoa, bertawakal dan berpeganglah teguh pd janji  Allah S.W.T. Dan  teramatla rugi pada mereka yang mengikut hawa nafsu dan terlalu mengikut emosi dalam bertindak. Astaghfirullah al-azim...

Bersabarlah wahai hati ! Yang pasti tangisan itu menceritakan segala-galanya. Hanya itu yang termampu. Tiada siapa yang tahu, melainkan diri ini dan Allah S.W.T. Yang mereka tahu, diri ini sentiasa ceria, gembira dan selalu tersenyum walau hakikatnya hati ini sakit melaluinya. Kadang-kala cuba meyakinkan orang lain, semata-mata untuk mencari kekuatan dan semangat diri yang hilang.  Walau kadang-kadang marah tak tentu pasal. Maafkanlah diri ini, kerana sudah tidak sanggup untuk menanggung beban itu lagi. Ya Robb!


Siapakah yang mahu mendengar masaalahmu ?
Tiada siapa....
Yang pasti,
Hanya Allah yang setia mendengar rintihanmu,
Kerana dia sentiasa bersama kamu
Setiap masa tanpa sedetikpun terlelap,
Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik pendengar.



1200am, DewanMalaysiaAbbasiahKaherah, Egypt.








Thursday, August 16, 2012

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh
 Sekadar Hiasan..

ALHAMDULILLAH, Sedar tidak sedar kita semua sudah berada di penghujung Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita kan. Terlalu sedih diri ini untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh berkat ini. Ya Robb! Apakah kita masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. Hanya DIA yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Syawal di Bumi Mesir..

Sekian kalinya, diri ini di takdirkan untuk menyambut  1 Syawal di perantauan. Sedikit kesayuan melanda jiwa anak muda ini. Terpaksa berkorban untuk berjauhan dengan emak dan abah serta keluarga yang tercinta  demi perjuangan yang belum selesai. Kebiasaannya di Aidilfitri, kami  'wajib' untuk pulang beraya bersama-sama . Almaklumlah, kami tidak mempunyai keluarga yang besar. Maka, Hari Raya kami adalah hari berkumpulnya anak dan cucu Encik Esa & Puan Mesnah untuk bersama-sama bergembira, berbahagia dan bermaaf-maafan di hari mulia.

Tidak dapat pulang beraya, iklan dan cerekarama Hari Raya pengubat sepi. hehe..
Tengok iklan Hari Raya yang 5 minit itu pon boleh sentap ! Ini belum tengok cerekarama sempena Hari Raya " Minta tisu lebih bang .."hehe
Dah tengok cerita 7 Ramadhan belum ? Jika masih ada yang belum tengok, tengoklah sebentar jika ada kelapangan. Sinopsisnya, pulanglah beraya ke rumah ibu ayah danhargailah ibu bapa kita yang masih ada. Jangan sia-siakan mereka walau macam manapun mereka. Mereka tetap 'Emak & Abah' kita dunia akhirat.


Syawal tiba lagi..

Tanpa kehadiran diri ini di sisi keluarga. Tiada lagi ciuman dan kucupan  dari emak dan abah. Tidak mampu untuk berjabat dengan tangan yang mendodoikan dan membesarkan anak ini. Juga tiada masakan yang sedap-sedap dari Emak. Ketupat, rendang, sambal kacang, ayam merah dan bermacam-macam lagi. Yang termampu di kejauhan ini hanyalah  doa dan ucapan salam kemaafan dari perantauan juga kiriman kuih raya dan dodol dari emak dan abah tersayang pengubat rindu. Jarak dan masa memisahkan kita, tapi jauh di sudut hati ini merindukan semua di sana.

Mood: Tiada lagu raya, tiada cerita raya. tiada iklan raya.Yang ada jalan Raya jer!...


Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Di kesempatan bulan yang mulia ini, Saya
Mohd Faiz Bin Esa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat:- Emak & Abah tersayang di Felda Maokil Segamat , Serta Along sekeluarga, Kak Anna sekeluarga, Kak Huda, Adik Farid. Juga buat saudara-mara dan teman-teman yang mengenali diri ini. InsyaAllah, Jika di panjangkan umur oleh Allah S.W.T kita semua akan berjumpa lagi. Makan ketupat rendang tu, ingat-ingtlah orang di sini. Hati-hati dalam apa jua tindakan yer. Semoga dapat bergembira dan berbahagia di Aidilfitri bersama keluarga tersayang di bulan yang mulia ini.  InsyaAallah.



Sila klik 'Salam Perantauan' di sini..


0100am, Abdeen Cairo, Egypt.






 

 




Saturday, August 4, 2012

Sudah bersawang !


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh.

     Sekadar Hiasan..


Setelah hampir 2 bulan Blog ini bersawang dan berhabuk! kan..

Semua gara-gara kesibukan diri yg melanda. Mengutip segala kelemahan untuk di perbaiki. Juga, mengatur hidup untuk menjadi insan yang berguna. insyaAllah.

IMTIHAN 

Alhamdulillah . Pertamanya bersyukur ke hadrat Illahi di atas nikmat yang di berikan. Setelah hampir sebulan Imtihan berlalu, kini tibalah masanya menunggu 'natijah' rasmi yang akan di umumkan sehari dua lagi. Walaupun 'natijah' Control telah di lihat. Tetapi hati masih lagi risau dan tidak tenteram. Mohon doakan kejayaan kami ya teman-teman. Juga Alfu Mabruk! untuk sahabat-sahabat yang telah berjaya di dalam imtihan yang lepas. Dan melayakkan anda untuk pergi ke peringkat seterusnya. Juga untuk roomate Mohd Noorfendi Abd Jabar di atas kejayaan itu. Syabas!.

Travel & Tour 

Pastinya, ia sesuatu yang mencabar.Jatuh bangun juga adalah perkara biasa. Terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko di dalam menguruskan. Ianya sesuatu pengalaman yang amat menarik. Kepercayaan, kejujuran dan kesabaran adalah aset penting dalam apa jua tindakan. Komunikasi yang baik juga merupakan agenda penting dalam menguruskannya. Semoga suatu hari nanti dapat merealisasikan impian dan cita-cita untuk mewujudkan  Faiz Travel & Tour. InsyaAllah.

Rumah Abdeen Johor

Segalanya bermula di sini. Mengajar erti sebuah persahabatan. Indahnya hidup bersahabat. Setelah bertahun hidup dalam suasana asrama. Kini ianya menjelmakan sebuah perasaan tenang dan semangat sillaturrahim kekeluargaan. Bak kata pepatan " Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ". Alhamdulillah terubat sedikit rasa kerinduan dengan mak abah di Kampung. Suasana yang menceriakan dengan ahli rumah yang sangat harmoni dan ceria. Mad, antoy, topek, nordin, razi, paan dan tetamu-tetamu yang hadir silih berganti. kamu semua adalah yang terbaik bro ! haha

 Ramadhan Karem!

Semoga Ramadhan kita kali ini adalah yang terbaik daripada yang lepas. Sama-samalah kita meng'upgrade' amalan ibadah kita. Agar kita mendapat ganjara pahala yang di janjikan pada bulan suci ini. Sekaligus dapat mempertemukan kita dengan malam Lailatul Qadr. InsyaAllah..Selamat berpuasa teman-teman!
Sesungguhnya memohon dan berdoa selama bulan penuh berkah, niscaya akan selalu diberikan pintu maaf kepada kita, maka dari itu sampaikanlah doa ramadhan selama bulan suci puasa ini. Read more at: http://www.rio-chikara.com/2012/07/doa-doa-puasa-ramadhan.html Copyright by www.rio-chikara.com Terima kasih telah mencatumkan link anda pada artikel kami
Sesungguhnya memohon dan berdoa selama bulan penuh berkah, niscaya akan selalu diberikan pintu maaf kepada kita, maka dari itu sampaikanlah doa ramadhan selama bulan suci puasa ini. Read more at: http://www.rio-chikara.com/2012/07/doa-doa-puasa-ramadhan.html Copyright by www.rio-chikara.com Terima kasih telah mencatumkan link anda pada artikel kami

 

 0545PM, Abdeen, Cairo.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More