Monday, May 7, 2012

Kenapa Buku Oren ?

 Sekadar Hiasan...


Acap kali persoalan di lontarkan berkaitan penamaan buku oren. Kenapa tidak buku merah ? biru ke? hitam ke? pelangi ke?. Kenapa Buku Oren ? kenapa dan kenapa. Secara kesimpulan dan ringkasnya adalah sebuah buku tulis yang di sampul menggunakan sampul bewarna oren. Padat dan ringkas kan kan kan!

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya. " Ek eleh itu je ? ".  Bersabarlah wahai pembaca-pembaca yang budiman. Sabar itu kan indah. Sudah nama pun ringkasan dan kesimpulan. Maka itu baru dahannya sahaja. Belum buah dan isinya.


Sijil kelahiran buku oren.

Ha! Buku oren di lahirkan pada hari rabu, 7 mac 2007, jam 10.50malam di Rumah Zahra` H10.  Merupakan sebuah buku yang  memikir, mentafsir dan meniliti akan kehidupan sepanjang tempoh keberadaan di Bumi Mesir. Jatuh bangun dan gelak tawa menyelusuri kehidupan anak perantauan ini, segalanya di rencanakan dan dicatat di dalamnya. Kadangkala hati dan jiwa terusik dan tertampar buku oren inilah tempat luahan dan berbicara. Segala-galanya di lakukan demi muhasabah diri agar kesilapan dan kealpaan serta kelalaian menjadi pengajaran di hari mendatang.


Cetusan minda dan idea kadang-kadang mengalir di dalam jiwa untuk bergurindam, bersajak dan berpuisi. Tidaklah sehebat dan semahir penulis-penulis terkemuka dunia. Hanyalah 'penulis poyo' untuk tatapan sendiri. Ianya juga sekadar mainan jiwa untuk bermadah dan berkata-kata. Hanyalah menterjemahkan pemikiran diri untuk diri sendiri. Maka, alunan pena di tarikan untuk menterjemahkan akan sesuatu khayalan itu. Juga di sinilah hasil karya di conteng dan di curahkan. Segala-galanya tersirat dan tersurat dengan jutaan emosi. Mencuba mentelusi kekurangan dan kekuatan diri di dalam mencari keredhaan-Nya di dalam merealisasikan impian dan cita-cita.


Buku oren persis diari kehidupan bukan buku Jingga!

Sungguh !Kehidupan di Mesir sangat mencabar minda dan fizikal. Bukan untuk meraih simpati ya! Tetapi inilah hakikat dan kebenaran. Bermulanya episod kehidupan di bumi Anbia` seawal umur 20-an. Bermacam-macam ragam yang wajib untuk di layan.  Berhadapan dan bermuamalah dengan orang arab Mesir yang terkenal dengan sifat-sifat ' ehem' itu bukanlah mudah.  Di umpamakan orang arab Mesir seperti pokok kaktus yang hidup di tengah-tengah padang pasir. Ianya sangat-sangat mencabar jiwa. Aku gagahi setiap langkahku demi impian dan cita-cita. Dialah peneman dan pendamping diri. Walaupun hanya sekadar penulisan, ianya sangat-sangat memuaskan dan melegakan usai meluahkannya.  Seperti hadirnya suatu semangat baru yang membawa cahaya di dalam menerangi kehidupan seorang hamba. Cewah.....


Percayalah! Setiap penulisan ini adalah semangat. Di datangkan ujian dan cabaran melainkan untuk hamba-hambanya berfikir. Begitulah juga diri ini. Tidakla juga di datangkan ujian itu, melainkan ianya masih di dalam keupayaan dan kemampuan hamba-hambaNya. Justeru itu, ianya bukanlah sebab perjalanan kehidupan perlu di berhentikan. Tetapi ianya adalah semangat untuk kita mencari penyelesaianNya. Redhalah akan setiap kegembiraan dan kesedihan yang di kurniakan untuk kita. Kerna itu hadiah dariNya untuk hambaNya. Setiap langkah yang di susun itu menjadikan kita yang terbaik di dalam mencapai MaghfirahNya.

Alhamdulillah. Begitulah sedikit-sebanyak penceritaan berkaitan buku oren yang berjuta emosi. Jutaan terima kasih untuk teman-teman yang sudi membaca dan menjadi pendengar setia cerita buku oren. Semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian. Nasihati dan tegurlah jika terang-terangan kesilapan dan kelalain pernah di lakukan. insha-Allah dan yakin segalanya untuk kebaikan diri untuk menuju ke pulau Akhirat nanti. Sedikit coretan di penulisan buku oren, mereka yang bersemangat mendengar dan membaca motivasi selama 2 atau 3 hari sahaja adalah orang yang kurang cerdik. Fikir-fikirkan bersama...



0135am, MalaysiaHallaAbbasiah, Cairo.



























2 comments:

Humaira' said...

baru jumpa jawapannya.. Keep it up with your good writing.. Cheers!

Mohd Faiz Esa said...

insyaAllah...syukran!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More