Tuesday, March 20, 2012

Jiwa Kosong

Sekadar Hiasan...


          MENCARI arah itu dalam pasti. Sesuatu yang yakin kehebatan dan keagongannya. Tidakkah kita terfikir setiap sesuatu itu yang di cipta punya tanggungjawab dan ujiannya. Yang berbeza-beza dan pelbagai. Begitu juga manusia yang paling teristimewa daripada makhluk ciptaanya yang lain. Apakah keistimewaan itu kita sedari ? Atau kita masih kaku dalam tidur, hanya setelah di jemput oleh Malaikat dan di hitung olehnya barulah kita 'meroyan' dan merayu untuk kembali mengumpul amalan. Tidakkah ketika itu sudah terlambat ?


          Beringatlah, di dalam mengharunginya, pelbagai ujian sedang menunggu di lorong-lorong. Selagi kita masih punya nyawa, selagi itu juga kita akan di uji. Bukan hanya kesusahan, kesenangan dan kemewahan juga ujian dariNya. Segala-galanya tidak mudah dalam memenuhi. Sabar dan tabah. Berpeganglah pada tauhid Allah. Yang menjanjikan kebaikan bagi mereka. 


          Ujian dan dugaan menjadi titian kepada kesuburan jiwa. Permasaalahan pula menjadi anak tangga menuju kehalusan jiwa. Dan segala fitnah dunia pula menjadi baja untuk menyubur iman. Maka laluilah dengan keimanan. Segala-gala yang tertulis itu suratan. Janji tetap janji. 


AKAL!

          Anugerah yang paling bernilai untuk manusia. Transformasilah iman kita setiap masa. Justeru itu, berusahalah dengan semangat yang jitu. Usah berputus asa tika di uji. Yakin dan pasti, Terlalu banyak seni halus dalam hidup ini yang tidak mampu kita tafsirkan. Percayalah, ada yang tersirat di sebalik tersurat. Allah lebih mengenali siapa kita daripada kita mengenal diri kita sendiri.


         Muhasabah bersama wahai hati, adakah kita tahu apakah yang kita lakukan ? Adakah ianya perintah atau laranganNya ? Adakah ' solat ' yang kita lakukan itu ikut-ikutan ? Atau kita masih tidak tahu ' solat' ? atau langsung tidak pernah terdetik di hati kita untuk Allah, Rasul dan Islam ? 


         Memikir, mentafsir dan meneliti ! lihatlah sekeliling kita. Angin dan udara, Langit dan awan, dan kepelbagaian ekosistem yang sedia ada. Siapakah yang mencipta ? Untuk apa dan kenapa ? Gunakanlah teori dan praktikal dalam menyimpulnya. Semoga bercambah keimanan kita padaNya. Semakin kita di uji, semakin dekat kita padaNya, dan semakin menyubur keimanan kita padaNya. Usahlah kita meratapi ujian demi ujian, tetapi persoalannya apakah setiap ujian itu mematangkan kita berfikir untuk Islam ?




1240pm. AbdeenHouse, Egypt







Pemberontakan

Sekadar Hiasan...


         BERTINDAK mengikut emosi ' mati '. Bertindaklah mengikut akal. Juga memperjuangkan sesuatu yang pasti adalah sesuatu kebaikan, malah memperjuangkan perkara yang wajib adalah sesuatu tuntutan. Justeru itu, bertindaklah sepertimana Imam Syafi'i (ra). Beliau melarikan diri daripada khalifah yang zalim di zaman Muktazilah. Melarikan diri untuk apa? Bukan kerana takut! Tapi beliau memikirkan ada yang lebih penting daripada pemberontakan itu. Iaitu agama!. Maka, Imam Syafi'i (ra) mengarang sebuah ' Kitab ' yang berkaitan tentang hukum-hukum ibadah, muamalat, munakahat dan segala hukum syariah.

    Beliau memikirkan bahawa agama itu lebih penting daripada pemberontakan.Ini kerana apabila jahil tentang hukum agama, maka rosaklah segala-galanya. Rosak pokok agama, maka rosaklah juga amalan yang lain.Oleh itu, cuba kita lihat pemikiran mereka!

    Seperti juga Imam Ahmad Hanbal (ra). Beliau mempunyai sifat kesabaran yang amat tinggi. Yang mana beliau di uji dengan pelbagai dugaan di era pemerintahan pemimpin yang zalim ketika itu. Apakah yang beliau lakukan ketika di uji? Adakah beliau mengajak rakyatnya untuk memberontak?

Jawapannya tidak!

    Imam Ahmad Hanbal (ra) langsung tidak mengajar dan mengajak rakyatnya untuk memberontak dan melawan serta menghancurkan kerajaan yang zalim itu. Itulah dua contoh tindakan cerdik yang wajib untuk kita ikuti. Dan beringatlah tugas kita ' budak agama' adalah untuk mendekatkan dan memahamkan agama pada mereka yang tidak faham tentang agama!. Kerana mereka diluar sana sangat-sangat memerlukan kita. Tidak banyak, sedikit juga tidak apa.InshaAllah...



11.33PM.AbdeenHouse, Egypt.

Friday, March 16, 2012

' Bercerai ' Seorang Sahabat ?

Sekadar hiasan...


        CARILAH seorang sahabat  yang mampu membawa dan memimpin ke jalan kebaikan. Mungkin ungkapan ini senang sangat kita mendengarnya. Tetapi itulah kenyataannya. Pokoknya, sahabat sangat mempengaruhi persekitaran kita. Justeru itu, binalah sebuah persahabatan di atas tali ukhwah yang bersama-sama setia, tulus dan berkasih-sayang dalam menjalani kehidupan. Biarlah ramai kita berkawan, tetapi untuk bersahabat, carilah mereka yang benar-benar mampu berhujan dan berpanas di dalam menongkah arus perdana.


         Engkau yang ku gelar sahabat. Mungkin suatu ketika dahulu terang-terangan silap dalam mengolah erti persahabatan, juga salah dalam mentafsir hidup berkawan, mungkin juga taksub dalam kasih bersahabat. Tetapi kini tersedar! Hakikatnya engkau sahabatku, dan aku belum pasti menjadi sahabat di hatimu. Dahulu aku menagih sebuah pengharapan dan penantian seorang sahabat. Tapi kini tiada lagi. Terima Kasih tuhan kerana menyedarkan aku dari lamunan. Justeru itu, hargailah persahabatan anda. Bukan dengan wang dan harta. Sekadar lafaz ikhlas dari hati ke hati untuk sahabat dari seorang sahabat.


         Segala-galanya aku titipkan keredhaan dari Tuhan semesta alam. Yang mengizinkan persahabatan dan pertemuan ini. Bermula dari tidak ramah dan jeling-menjeling sehinggalah mampu bertepuk-tampar. Dari senyum kelat, mungkin sudah ada rasa kemanisan itu. Barangkali, itulah nilai kasih dan sayang seorang sahabat.
Tetapi berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar sanggup bersusah-payah atas nama persahabatan ?


        Persahabatan juga seperti perkahwinan. Juga akan melalui waktu sukar dan payah. Oleh itu, berhati-hatilah tika menempuh waktu sukar itu. Kerana mungkin dapat mengaibkan sahabat kita. Cubalah mencari kondusi piawaian diri. Ketika itu 'bercerailah' persahabatan itu dengan cara yang baik dan janganlah sampai membenci. Kerana itu tidak elok. 'Bercerai' bukan bererti memutuskan silaturrahim. Tetapi mengurangi dan menjauhinya bersebab. Kerana itu yang terbaik.


       Dalam persahabatan juga, kita tidak mampu untuk mengharapkan kesempurnaan diri dari seorang sahabat. Kerana manusia itu sendiri punya kebaikan dan kelemahan. Maka terimalah seadanya dan sewajarnya dengan redha. Kita bukan berkawan dengan malaikat, tetapi dengan manusia yang punyai 1001 kelemahan. Beringatlah wahai sahabat, berpesan-pesanlah dan nasihat-menasihati dalam bersahabat.


       Jika takdir menentukan 'perceraian' itu. Sedarilah, pasti ada hikmah di sebaliknya dan usah kita membenci di antara satu-sama lain. Tetapi ambillah pengajaran setiap daripadanya. Oleh itu, berhati-hatilah dan berwaspada di dalam bersahabat. Mengurangi dan melebihi setiap kekurangannya. Bergantunglah persahabatan itu pada tali Allah. Mengikut syariat-syariat yang di gariskan. Kerana dalam bersahabat kita sentiasa akan di uji. Maka bersabarlah wahai hati sahabat-sahabat. 




3.00am,AbdeenHouseEgypt.

Monday, March 12, 2012

Aku berdosa.

       Sekadar Hiasan...

  " Ya ALLAH , Begitu hebatnya ujianMu ini ". Semakin aku cuba untuk mencari-cari ketenangan dalam kemanisan iman itu, semakin banyak pula kepelbagian keseronokan hadir menemani. Setapak aku melangkah padaMu, seperti beribu langkah jauh daripadaMu.Sukar untuk jiwa ini melawannya. Cuba menepis dari kanan, kiri pula di tujunya. Cuba menepis dari bawah, arah atas pula di tujunya. Begitulah hebatnya ujian demi ujian yang sedang aku hadapi. Dugaan oh dugaan.

Aku seperti sangat runsing dan keliru. Tetap aku juga masih bersyukur di atas nikmatMu. Kerana bagi aku, ujian ini adalah kehidupan. Untuk setiap hamba-hambaNYA. Bagi merka yang masih alpa dan lalai berwaspadalah. Syabas bagi mereka yang stersedar.. Bagi aku, segala-galanya sudah dirancang dan di atur. Sudah juga di nampakkan lorong dan jalannya. Tetapi kaki ini berat untuk melangkahnya ke arah sesuatu kebaikan. Aku menagih simpati padaMu. Ya Allah. aku berdosa! Teguhkanlah iman hambaMu ini.

Aku sangat cemburu akan keperibadiaan mereka. Yang sangat hebat!. Jika mereka boleh, aku juga boleh. Mengubah juga bukan sesuatu yang mustahil. Perlukan roh semangat mukmin dan tidak kenal erti putus asa. Sejarah Anbia' di jadikan sempadan dan tauladan. Beringatlah!. kesenangan dan keseronokan itu juga ujian.

Jangan jadikan setiap ragam manusia itu mundur dalam bertindak. Berusahalah ke arah itu. Matlamat perlu di capai. Pelbagaikan strategi bijak dalam bertindak. Masa akan memotong kita, jika kita 'main-main'. Hargailah setiap detik dengan amal dan iman. Itulah pengorbanan seorang hambaNya. Insya-Allah.

Tuesday, March 6, 2012

Lambaian Perpisahan

                                                             Mohd Saman Bin Esa

           UKHWAH itu sangat manis. Perpisahan itu memeritkan.Sangat memeritkan!. Begitulah pertuturan yang mampu di tuturkan ketika ini. Langsung dari hati. Salam perpisahan 'sementara' untuk sahabatku Mohd Saman Bin Esa. Usahlah berderai lagi air mata itu. Kerna tidak sanggup melihatnya. Bertemu dan berpisah itu fitrah alam dan hakikat kehidupan manusia. Semoga perpisahan ini bukan yang terakhir!.

          Benar, Ukhwah sangat indah. 10 tahun lamanya usia perkenalan kita. Bermula daripada muda remaja sehinggalah kita beralih ke suatu peralihan usia 'pemuda'. Terlalu banyak momen indah yang kita sama-sama nukilkan. Begitu hebat perjalanan hidup ini. Tidak semudah cerita buku. Pelbagai episod juga telah kita lalui dan selami demi membina kehidupan mendatang.

         Fakta, kami di lahirkan pada bulan yang sama iaitu bulan Mac, Hari yang juga hampir-hampir dekat. perwatakan juga agak sama, ada sedikit persamaan dari segi rupa ( kata orang). Cuma saya lebih kacak mungkin (gurauan berkasih). Tetapi kami berlainan dari segi aliran pemikiran. Yang penting satu matlamat untuk bersama-sama memartabatkan kegemilangan islam. Insya-Allah.

         Percayalah. Air mata mengalir tika dakapan erat dan lambaian perpisahan itu kembali lagi. Sangat menyeksa dan memeritkan ! Seperti sesuatu perasaan telah menggamit rasa dan menyentuh kalbu. Berat rasanya untuk membenarkan perpisahan ini. Keterpaksaan sahaja yang mampu untuk melembutkan hati ini. Aku tabahkan juga untuk bersama-sama dalam episod air mata kali ini. Untuk kau bergelar sahabat.

         Segala-galanya telah kita lalui bersama. Bermain bersama. Bertepuk-tampar bercanda bersama. Makan minum bersama. Suka-duka bersama. Pahit manis bersama. Jatuh bangun juga bersama. Semuanya itu telah menjadi kenangan terindah untuk kita bersama. Segala-galanya juga telah mematangkan kita di dalam mengenal erti ukhwah dan sebuah persahabtan.

        Sejujurnya, aku mengkagumi sifat keterbukaan dan periangmu, aku menyanjungi sifat keihklasanmu, aku senantiasa merindui canda tawamu, aku juga menyukai semangat perjuanganmu, dan aku cemburu akan sifat tolenrasi, setiakawan, menghormati orang lain, dan ketidakputus asaanmu di dalam menimba ilmu. Syabas!

        Salam perpisahan sahabatku. Aku memohon berjuta kemaafan segala keterlanjuran sengaja mahupun tidak sengaja. Aku amat bersyukur atas pertemuan insan sepertimu. Segala-galanya sudah suratan takdir. Perpisahan sementara ini juga sudah takdirNya. Pintaku, agar kita di pertemukan di episod yang mendatang. Diatas nama ukhwah dan persahabatan. Hanya doa jambatan pengharapan untuk bertemu dan bersua.. Aku pasti sangat merindui engkau Mohd Saman Bin Esa. Selamat meneruskan perjuangan ilmu dan merealisasikan segala impian , cita-cita dan matlamat. Selamat berjuang sahabat !


Sunday, March 4, 2012

Menariknya Orang Bulan Mac!


Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh.

sekadar hiasan..

Selamat Hari Lahir!

Apakah kekurangan dan kelebihan orang bulan Mac?

Bulan Mac merupakan bulan kelahiran Mohd Faiz Esa. Pada 09 Mac 1986. Dan juga ramai di kalangan kawan-kawan yang rapat juga lahir pada bulan ini. Rata-ratanya mereka sangat rapat dan akrab kerana kami mempunyai aura yang sama yang mudah untuk di dampingi. Agak beruntunglah jika anda mengenali mereka yang lahir pada bulan ini. Hakikat bukan cubaan!

Baiklah. Diantara ciri-ciri orang bulan Mac adalah:-

  • Berpersonaliti yang menarik dan menawan serta mudah didampingi. 
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa. 
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. 
  • Sangat sensitif pada perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. 
  • Suka pada kedamaian. 
  • Sangat peka kepada orang lain. 
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. 
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah. 
  • Tahu balas budi dan tahu kenang budi. 
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. 
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. 
  • Suka berangan - angan.
  •  Suka melancong.
  •  Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. 
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan. 
  • Suka dengan hiasan rumahtangga. 
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik. 
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. 
  • Jangan terlalu moody.
Untuk diri saya dan mereka yang lahir pada bulan ini, saya mengucapkan selamat hari lahir !. 

Sahabat-sahabat,

Semakin kita bertambah usia, semakin kita berasa akan tanggungjawab, kematangan, dan keseriusan dalam hidup. Berusahalah lebih keras dan tegas. Tiada lagi penggunaan istilah 'main-main'. Yang penting tiada lagi waktu untuk dilengahkan dan di bazirkan. Saranan saya, gunakan setiap masa itu untuk islam. Agar ianya lebih terjamin dan memberi banyak manfaat. Dan sudah tiba masanya untuk kita memenifestasikan keimanan. 'Sanah helwah ' !


Saturday, March 3, 2012

Perjalanan Alam Maya


 Sekadar Hiasan..


Perjalanan yang jauh,
Membuka segala pancaindera,
Untuk berfikir
Segala keagunganNya
Segala milikNya
Segala nikmatNya
Itula hakikat alam ciptaanNya .

Yang tercipa
Yang dicipta
dan paling Agung yang Maha mencipta.
Tiada tandingan dari tuhan-tuhan buatan sendiri
Yang sesat lagi menyesatkan
Sesalan kaum-kaum terdahulu

Perjalanan tanpa arah tujuan
Seperti pelayaran dalam gelap
Yang tiada nakhoda
Seperti juga beburung beterbangan
Ke hulu ke hilir tanpa arah
Hanya makanan penyambung nyawa
Adakah kita seperti itu?

Batu-batuan
Debuan tanah
dan dedaunan kering yg berguguran
mendoakan orang-orang mukmin yang sejati
Yang merasakan hidup bertuhan 
Tiada apa yang dikejarkan
Akhirat idaman yang kekal selamanya
Bukanlah duniawi yang dimegahkan!
Firaun dan sekutunya LAKNATULLAH.

Dunia pinjaman untuk pentas lakonan
setiap watak adalah kita
Yang diadili di akhir episod
Pasti dan yakin semuanya di hitung dan di hukum.
Tepuk dada tanya iman
Siapakah kita di antara berjuta
Renung-renungkan perjalanan kita
Hayati setiap gerak-gerinya
Moga aman damai kita di sana.

04May2011, MalaysiaHallCairo.0415pm

Friday, March 2, 2012

Rendang Bonda


Terima Kasih Emak dan Abah!
Hanya perbualan merindui rendang masakan ibu, hati seorang ibu tidak kesampaian mendengarnya. Begitulah pengorbanan seorang ibu dan ayah. Biarla beribu -batu jauh di perantauan , asalkan apa yg di hajati dan diingini seorang anak itu mampu direalisasikan. Aku sangat-sangat terharu dan sedih kerana tiada ungkapan 'tidak' dari emak dan abah. Apa sahaja untuk anak-anak mereka tetap meng 'ada' kan. Demi membahagiakan dan mengembirkan hati seorang anak.Tetapi bagaimana aku di hari-hari mendatang? Adakah mampu untuk melakukan sepertimana yang mereka lakukan? Ya Allah tetapkanlah hati aku ini agar dapat berjasa pd mereka.  Untuk aku membalas segala jasa pengorbanan mereka. Untuk emak dan abah!

Kita sering mendengar persoalan "  Seorang ibu dan ayah mampu menjaga 10 orang anak, adakah 10 orang anak mampu menjaga seorang ibu dan ayah ". Fikirkan dan renungkan sebentar. Ambillah sedikit masa untuk memikirkan keadaan mereka. Kerana kita hanya mempunyai seorang ibu dan sorang ayah di dunia ini. Berbakti dan berjasalah pada mereka selagimana kelopak mata mereka masih berkelip. Ataupun anda ingin memikirkan mereka setelah batu nisan menjadi pengganti mereka? Sedarilah sebelum terlambat.

Dek kerana terlalu memikirkan pengorbanan dan kasih sayang emak dan abah, sehinggalah ianya masuk dalam permainan mimpi. Walaupun ianya hanya sekadar permainan mimpi, tetapi ia telah menyebabkan hati lelaki ini langsung mengalirkan air mata. Kerana aku terlalu menyangi dan merindui mereka. Kenapa sehingga mengalirkan air mata di dalam mimpi ?

Kerana dalam mainan mimpi itu, emak telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Ketika itu aku ingin pergi berjumpa dan bersua dgn emak. Untuk menyatakan kegembiraan dan mengucapkan terima kasih kerana rendang yg di kirim oleh emak telah sampai di Mesir. Setibanya aku di rumah emak , keadaan rumah agak sunyi dan sepi. Bermain di mindaku, mana emak? mana abah?. Terus aku memanggil " emak oh emak ", tiada jawapan daripada emak. Kemudian aku memanggil " abah oh abah". Masih lagi tiada jawapan. Tika aku terpinga-pinga mencari mereka, muncul sahutan satu suara daripada dapur. Terus aku mendapatkan suara itu. Sahutan itu adalah kakakku Along. Lantas aku menanyakan " Along , mana emak long? ". Terus along menyatakan kepada aku bahawa emak telah pergi selama-lamanya semalam dan meninggalkan sepucuk surat untuk aku. Berderas air mata aku ketika itu kerana tidak dapat menerima hakikat pemergian emak. Emak oh emak !

Assalamualaikum Abg ( Faiz ) anak emak,
Semoga abg berada dalam keadaan sihat walafiat. Sedap ke tidak rendang yang emak buatkan 'special' untuk abg tu?. Abg makanlah kenyang-kenyang dan ingat emak dan abah di sini. Abg ingatlah, emak tidak pernah lupa pd anak-anak emak. Walaupun abg jauh di Mesir, emak sanggup kirimkan rendang ini. Asalkan abg dapat merasainya. Sbb emak tidak mampu utk ke sana. Hanya rendang sahaja yg mampu emak kirimkan untuk abg. Abg belajarlah rajin-rajin. Jadilah anak yg soleh. Ingatlah pd emak dan abah. Emak abah sentiasa merindui abg. Janganlah abg bersedih hati ketika ini. Walaupun emak sudah tiada, jadilah seorang anak yang tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan di hari mendatang.
Salam sayang dari emak dan abah untuk abg!

Terus berderai air mata seorang anak seperti aku. Walaupun ianya sekadar permainan mimpi. Sejujurnya aku masih tidak berdaya lagi untuk berpisah dengan emak dan abah. Aku ingin membalas jasa pengorbanan mereka selama ini. Yang telah bersusah-payah dalam membesarkan dan mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga.

" Ya Allah, aku memohon kepadaMU agar berikan aku ruang dan waktu untuk aku berbakti pd emak dan abah. Kerana mereka telah banyk bekorban dan berjuang untuk aku. Berikanlah aku saat itu. Lindungilah dan selamatkanlah emak dan abah dunia dan akhirat. Aku sangat-sangat menyanyangi mereka. Ya Robb. Aku sangat-sangat bersyukur!"





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More