Friday, May 11, 2012

Analisis 'tembok'


Sekadar Hiasan...


MENGANALISIS ketidaklancaran dan ketidakaturan kitaran kehidupan. Segalanya pasti ada sebab! Memerhati kesempurnaan sahaja adalah tidak wajar. Kerana itu bukan matlamat kita. Justeru itu, bermuhasabalah diri kita agar kita menjadi hamba yang terbilang dan tersohor di sisiNya. Bukan di mata manusia yang penuh kepalsuan. Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani setiap hamba-hambaNya. 


Dirasakan seperti 'tembok' besar yang menghalang dan menyekat sebuah cahaya menembusinya yang menjadikan kita sentiasa lemah dan mengikut hawa nafsu.Hakikatnya,hanya diri sendiri sahaja mampu untuk meruntuhkan dan merobohkan
'tembok' itu. Itupun jika kita mampu dan berjaya menemui tika menganalisis. Bukan manisnya
bermain dengan kata-kata, tetapi  bermasam dan mencuka diri hampir pasrah dalam mencari. Marilah bersama-sama mentelusi nikmat kemanisan iman sebelum Malaikat Izrail menjemput diri untuk di hitung segala kebaikan dan keburukan.Sudahkah kita bersedia ? Ampunkan aku Tuhan ! 

Mencari dengan doa, mencari juga dengan semangat dan usaha. Kemudian berserah dan bertawakal seluruh hati kepadaNya. Yakinlah, di setiap lorong-lorong punya pelbagai agenda pergolakan dan kedamaian. Justeru itu, mulakanlah setiap langkahmu itu dengan mengingatiNya supaya kita tidak mudah untuk terlentok dan terlena serta terkesan kerana setiap itu adalah ujian dan cabaran. Mencari dan terus mencari. Semoga Allah terus memberi kekuatan diri ini untuk semakin dekat padaNya. Ampunkan aku Tuhan ! Engkau memahami apa yang tersurat dan tersirat di dalam ini. Aku yang berdosa ~



1209pm, MalaysiaHallAbbasiah, Cairo. 


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More