Thursday, August 16, 2012

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh
 Sekadar Hiasan..

ALHAMDULILLAH, Sedar tidak sedar kita semua sudah berada di penghujung Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita kan. Terlalu sedih diri ini untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh berkat ini. Ya Robb! Apakah kita masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. Hanya DIA yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Syawal di Bumi Mesir..

Sekian kalinya, diri ini di takdirkan untuk menyambut  1 Syawal di perantauan. Sedikit kesayuan melanda jiwa anak muda ini. Terpaksa berkorban untuk berjauhan dengan emak dan abah serta keluarga yang tercinta  demi perjuangan yang belum selesai. Kebiasaannya di Aidilfitri, kami  'wajib' untuk pulang beraya bersama-sama . Almaklumlah, kami tidak mempunyai keluarga yang besar. Maka, Hari Raya kami adalah hari berkumpulnya anak dan cucu Encik Esa & Puan Mesnah untuk bersama-sama bergembira, berbahagia dan bermaaf-maafan di hari mulia.

Tidak dapat pulang beraya, iklan dan cerekarama Hari Raya pengubat sepi. hehe..
Tengok iklan Hari Raya yang 5 minit itu pon boleh sentap ! Ini belum tengok cerekarama sempena Hari Raya " Minta tisu lebih bang .."hehe
Dah tengok cerita 7 Ramadhan belum ? Jika masih ada yang belum tengok, tengoklah sebentar jika ada kelapangan. Sinopsisnya, pulanglah beraya ke rumah ibu ayah danhargailah ibu bapa kita yang masih ada. Jangan sia-siakan mereka walau macam manapun mereka. Mereka tetap 'Emak & Abah' kita dunia akhirat.


Syawal tiba lagi..

Tanpa kehadiran diri ini di sisi keluarga. Tiada lagi ciuman dan kucupan  dari emak dan abah. Tidak mampu untuk berjabat dengan tangan yang mendodoikan dan membesarkan anak ini. Juga tiada masakan yang sedap-sedap dari Emak. Ketupat, rendang, sambal kacang, ayam merah dan bermacam-macam lagi. Yang termampu di kejauhan ini hanyalah  doa dan ucapan salam kemaafan dari perantauan juga kiriman kuih raya dan dodol dari emak dan abah tersayang pengubat rindu. Jarak dan masa memisahkan kita, tapi jauh di sudut hati ini merindukan semua di sana.

Mood: Tiada lagu raya, tiada cerita raya. tiada iklan raya.Yang ada jalan Raya jer!...


Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Di kesempatan bulan yang mulia ini, Saya
Mohd Faiz Bin Esa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat:- Emak & Abah tersayang di Felda Maokil Segamat , Serta Along sekeluarga, Kak Anna sekeluarga, Kak Huda, Adik Farid. Juga buat saudara-mara dan teman-teman yang mengenali diri ini. InsyaAllah, Jika di panjangkan umur oleh Allah S.W.T kita semua akan berjumpa lagi. Makan ketupat rendang tu, ingat-ingtlah orang di sini. Hati-hati dalam apa jua tindakan yer. Semoga dapat bergembira dan berbahagia di Aidilfitri bersama keluarga tersayang di bulan yang mulia ini.  InsyaAallah.



Sila klik 'Salam Perantauan' di sini..


0100am, Abdeen Cairo, Egypt.






 

 




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More