Tuesday, September 4, 2012

Ong Bak Rindu !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

 Sekadar Hiasan...

4 September 2012.
HARI Selasa yang di lalui ini, tampak kelam dan suram, sunyi dan sepi. Tidur yang panjang luar biasanya, demi merehatkan sesuatu yang berat untuk di fikirkan. Keceriaan dan kegembiraan teman-teman seperjuangan yang sedikit-sebanyak memperindahkan suasana di sisi. Terima kasih teman-teman sekalian. Realitinya, rasa dan perasaan itu tidak pernah berubah. Ianya tetap di situ dan terus di situ. Rasa bersalah sering menghantui jiwa ini. Semuanya untuk impian dan harapan mereka.

Ombak rindu! Kerinduan yang teramat pada mereka yang tersayang, kadang-kadang pedih mencucuk-cucuk hulu hati ini. Menggambarkan betapa hati ini sangat-sangat merindukan mereka yang jauh di mata, tetapi sangat-sangatlah dekat di hati. Pintaku, doakanlah bersama agar segala perancangan di permudahkan urusannya. insyaAllah.

Semakin hari, semakin bertambah usia kita. Yang bayi sudah boleh merangkak dan berjalan. Yang kanak-kanak kecil sudah mula tampak ciri-ciri kedewasaan. Yang muda remaja pula, sudah bisa untuk di ijab kabulkan persis Adam dan Hawa. Dan yang dewasa pula,  mula melalui waktu emas mereka. Ermmm sedih bukan ! Begitu pantas dan cepatnya masa berlalu kan. Tetapi begitulah hakikat kehidupan ini yang segala-galanya telah di rencanakan olehNya.

Pernah suatu ketika dahulu "Zaman bila engkau nak pusing balik jika Allah s.w.t, izikan ?" Walaupun hakikatnya adalah MUSTAHIL kan ! Inilah angan-angan Mat Jenin. Jawapannya untuk diri ini adalah zaman kanak-kanak hingusan sekitar umur 8-10 tahun. Alangkah seronoknya ketika itu ! Sangat seronok sehingga tiada perkataan yang mampu di ceritakan, Hidup tanpa mengenal itu dosa, bersih lagi suci. Emak abah time itu dlm 40 -an. ermmmmmm.~

Langsung fikiran ini memikirkan orang-orang yang di cintai dan di sayangi. Telah banyak pengorbanan mereka yang telah di lakukan semata-mata untuk kebahagiaan diri ini. Pengorbanan mereka yang tertutup oleh salah faham kecil yang entah sahaja selalu tampak besar. Sungguh hinanya diri ini Ya Alllah, Hambamu sangat berdosa Ya Allah..
Pengorbanan mereka yang kadang melelahkan dan memenatkan namun enggan mereka ungkapkan demi kita. Persoalannya, Adakah kita mampu membalas jasa pengorbananan mereka ? Fikir-fikirkanlah bersama!

Mood: Hati sangat berat untuk memikirkan perkara yang terjadi. Ya Allah, Aku redha setiap ujian yang engkau berikan kepadaku. Tiada yang lebih berkuasa, melainkan kuasaMu. Ya Allah. Maafkan diri ini,,,,,




11.37pm, Malaysia Hall Abbasiah Cairo, Egypt.




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More