Tuesday, March 20, 2012

Jiwa Kosong

Sekadar Hiasan...


          MENCARI arah itu dalam pasti. Sesuatu yang yakin kehebatan dan keagongannya. Tidakkah kita terfikir setiap sesuatu itu yang di cipta punya tanggungjawab dan ujiannya. Yang berbeza-beza dan pelbagai. Begitu juga manusia yang paling teristimewa daripada makhluk ciptaanya yang lain. Apakah keistimewaan itu kita sedari ? Atau kita masih kaku dalam tidur, hanya setelah di jemput oleh Malaikat dan di hitung olehnya barulah kita 'meroyan' dan merayu untuk kembali mengumpul amalan. Tidakkah ketika itu sudah terlambat ?


          Beringatlah, di dalam mengharunginya, pelbagai ujian sedang menunggu di lorong-lorong. Selagi kita masih punya nyawa, selagi itu juga kita akan di uji. Bukan hanya kesusahan, kesenangan dan kemewahan juga ujian dariNya. Segala-galanya tidak mudah dalam memenuhi. Sabar dan tabah. Berpeganglah pada tauhid Allah. Yang menjanjikan kebaikan bagi mereka. 


          Ujian dan dugaan menjadi titian kepada kesuburan jiwa. Permasaalahan pula menjadi anak tangga menuju kehalusan jiwa. Dan segala fitnah dunia pula menjadi baja untuk menyubur iman. Maka laluilah dengan keimanan. Segala-gala yang tertulis itu suratan. Janji tetap janji. 


AKAL!

          Anugerah yang paling bernilai untuk manusia. Transformasilah iman kita setiap masa. Justeru itu, berusahalah dengan semangat yang jitu. Usah berputus asa tika di uji. Yakin dan pasti, Terlalu banyak seni halus dalam hidup ini yang tidak mampu kita tafsirkan. Percayalah, ada yang tersirat di sebalik tersurat. Allah lebih mengenali siapa kita daripada kita mengenal diri kita sendiri.


         Muhasabah bersama wahai hati, adakah kita tahu apakah yang kita lakukan ? Adakah ianya perintah atau laranganNya ? Adakah ' solat ' yang kita lakukan itu ikut-ikutan ? Atau kita masih tidak tahu ' solat' ? atau langsung tidak pernah terdetik di hati kita untuk Allah, Rasul dan Islam ? 


         Memikir, mentafsir dan meneliti ! lihatlah sekeliling kita. Angin dan udara, Langit dan awan, dan kepelbagaian ekosistem yang sedia ada. Siapakah yang mencipta ? Untuk apa dan kenapa ? Gunakanlah teori dan praktikal dalam menyimpulnya. Semoga bercambah keimanan kita padaNya. Semakin kita di uji, semakin dekat kita padaNya, dan semakin menyubur keimanan kita padaNya. Usahlah kita meratapi ujian demi ujian, tetapi persoalannya apakah setiap ujian itu mematangkan kita berfikir untuk Islam ?




1240pm. AbdeenHouse, Egypt







0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More