Friday, March 16, 2012

' Bercerai ' Seorang Sahabat ?

Sekadar hiasan...


        CARILAH seorang sahabat  yang mampu membawa dan memimpin ke jalan kebaikan. Mungkin ungkapan ini senang sangat kita mendengarnya. Tetapi itulah kenyataannya. Pokoknya, sahabat sangat mempengaruhi persekitaran kita. Justeru itu, binalah sebuah persahabatan di atas tali ukhwah yang bersama-sama setia, tulus dan berkasih-sayang dalam menjalani kehidupan. Biarlah ramai kita berkawan, tetapi untuk bersahabat, carilah mereka yang benar-benar mampu berhujan dan berpanas di dalam menongkah arus perdana.


         Engkau yang ku gelar sahabat. Mungkin suatu ketika dahulu terang-terangan silap dalam mengolah erti persahabatan, juga salah dalam mentafsir hidup berkawan, mungkin juga taksub dalam kasih bersahabat. Tetapi kini tersedar! Hakikatnya engkau sahabatku, dan aku belum pasti menjadi sahabat di hatimu. Dahulu aku menagih sebuah pengharapan dan penantian seorang sahabat. Tapi kini tiada lagi. Terima Kasih tuhan kerana menyedarkan aku dari lamunan. Justeru itu, hargailah persahabatan anda. Bukan dengan wang dan harta. Sekadar lafaz ikhlas dari hati ke hati untuk sahabat dari seorang sahabat.


         Segala-galanya aku titipkan keredhaan dari Tuhan semesta alam. Yang mengizinkan persahabatan dan pertemuan ini. Bermula dari tidak ramah dan jeling-menjeling sehinggalah mampu bertepuk-tampar. Dari senyum kelat, mungkin sudah ada rasa kemanisan itu. Barangkali, itulah nilai kasih dan sayang seorang sahabat.
Tetapi berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar sanggup bersusah-payah atas nama persahabatan ?


        Persahabatan juga seperti perkahwinan. Juga akan melalui waktu sukar dan payah. Oleh itu, berhati-hatilah tika menempuh waktu sukar itu. Kerana mungkin dapat mengaibkan sahabat kita. Cubalah mencari kondusi piawaian diri. Ketika itu 'bercerailah' persahabatan itu dengan cara yang baik dan janganlah sampai membenci. Kerana itu tidak elok. 'Bercerai' bukan bererti memutuskan silaturrahim. Tetapi mengurangi dan menjauhinya bersebab. Kerana itu yang terbaik.


       Dalam persahabatan juga, kita tidak mampu untuk mengharapkan kesempurnaan diri dari seorang sahabat. Kerana manusia itu sendiri punya kebaikan dan kelemahan. Maka terimalah seadanya dan sewajarnya dengan redha. Kita bukan berkawan dengan malaikat, tetapi dengan manusia yang punyai 1001 kelemahan. Beringatlah wahai sahabat, berpesan-pesanlah dan nasihat-menasihati dalam bersahabat.


       Jika takdir menentukan 'perceraian' itu. Sedarilah, pasti ada hikmah di sebaliknya dan usah kita membenci di antara satu-sama lain. Tetapi ambillah pengajaran setiap daripadanya. Oleh itu, berhati-hatilah dan berwaspada di dalam bersahabat. Mengurangi dan melebihi setiap kekurangannya. Bergantunglah persahabatan itu pada tali Allah. Mengikut syariat-syariat yang di gariskan. Kerana dalam bersahabat kita sentiasa akan di uji. Maka bersabarlah wahai hati sahabat-sahabat. 




3.00am,AbdeenHouseEgypt.

1 comments:

E n t o y C a i r o said...

sy sahabat awak x?hehe..sesuku sahabat pun dah kira bahagia dah sy kat sini..lol

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More