Sunday, April 8, 2012

Segalanya TAUTAN 12'

 Sekadar Hiasan...

           TAUTAN 12' sudah melabuhkan tirainya semalam dengan jayanya. Dengan 1001 macam aksi, ragam, sorakan, laungan dan emosi yang telah menggamit perasaan ini. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana di permudahkan segala urusan sebelum dan sepanjang program berlangsung. Kepelbagaian ujian dan cabaran yang datang langsung tidak mematahkan semangat untuk merealisasikannya.

Sekalung penghargaan tahniah dan syabas untuk Doktor Al-asyraf dan Doktor Fatin Yusra serta seluruh Adhock pelaksana yang bertungkus-lumus jiwa raga, masa dan tenaga dalam memastikan program TAUTAN 12' tercapai dengan megah dan jayanya demi mencapai objektif yang di sasarkan iaitu Tautan Ukhwah Jalinan Kasih.

Tidak di lupakan juga, Education Malaysia Egypt ( EME ), JKP ( Jawatankuasa Penghuni DMAK), dan seluruh penghuni Dewan Malaysia Abasiah Kaherah ( DMAK) yang sama-sama turun padang untuk memeriahkan program TAUTAN 12' yang juga julung kalinya diadakan di sini. Objektif EME  itu sendiri untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.  Maka dengan TAUTAN 12' ini, mahasiswa mampu menonjolkan segala 'soft skill' yang ada serta bakat-bakat diri yang sedia ada, sebagai persediaan di dalam menghadapi persaingan di era globalisasi kelak.

Berpanas terik dan bermandi peluh kita semua bersama-sama disetiap acara yang di pertandingkan. Di antaranya ialah Lumba lari, Futsal, Bola Tampar, Badminton, Ping pong, Lakonan, Pengacaraan, Pantun, Catur , Sukaneka dan macam-macam lagi. Yang mana segalanya telah menggamit memori zaman persekolahan. Manakan tidak, kebanyakan acara yang di pertandingkan adalah acara-acara di era zaman persekolahan. Walaupun tidak segagah dan sekuat dulu, saya juga berjaya menyumbangkan pingat dan mata untuk kumpulan Ukhwah ( Ungu). Iaitu 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa. Di dalam acara lumba lari, badminton, bola tampar , lakonan dan kuiz.

Ucapan syabas juga untuk seluruh ahli keluarga Tautan ( Biru), Jalinan (Hijau), Kasih (Merah) serta tidak lupa kepada keluarga Ukhwah ( Ungu) yang juga di bawah pimpinan saya sendiri yang telah berjaya untuk menjadi juara keseluruhan program TAUTAN 12'. Tahniah! Saya sangat-sangat menghagai di atas sumbangan , komitmen dan kerjasama serta semangat juang yang tinggi yang telah di pamerkan di dalam memastikan kemenangan milik kita. Di samping ianya juga sebagai penggerak di dalam mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Segala-galanya telah menjadi sebuah lakaran peristiwa. Sorakan dan laungan semalam itu juga telah menjadi kenang-kenangan untuk kita semua. Kemenangan atau kekalahan itu adalah tidak penting. Yang penting adalah Tautan Ukhwah Jalinan Kasih. Agar jambatan ukhwah yang di bina ini mampu berterusan dan berpanjangan. Siramilah dan bajailah ia dengan jalinan kasih. Semoga hubugan silatrurahim kita semakin erat dan berpanjangan hingga ke syurga. Jika di beri keizinanNYA kita semua akan kembali bersua di TAUTAN 13'. Insya-Allah.

Salam Ukhwah untuk semua.

08April2012, 315ARMA. 0211AM.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More