Friday, March 2, 2012

Rendang Bonda


Terima Kasih Emak dan Abah!
Hanya perbualan merindui rendang masakan ibu, hati seorang ibu tidak kesampaian mendengarnya. Begitulah pengorbanan seorang ibu dan ayah. Biarla beribu -batu jauh di perantauan , asalkan apa yg di hajati dan diingini seorang anak itu mampu direalisasikan. Aku sangat-sangat terharu dan sedih kerana tiada ungkapan 'tidak' dari emak dan abah. Apa sahaja untuk anak-anak mereka tetap meng 'ada' kan. Demi membahagiakan dan mengembirkan hati seorang anak.Tetapi bagaimana aku di hari-hari mendatang? Adakah mampu untuk melakukan sepertimana yang mereka lakukan? Ya Allah tetapkanlah hati aku ini agar dapat berjasa pd mereka.  Untuk aku membalas segala jasa pengorbanan mereka. Untuk emak dan abah!

Kita sering mendengar persoalan "  Seorang ibu dan ayah mampu menjaga 10 orang anak, adakah 10 orang anak mampu menjaga seorang ibu dan ayah ". Fikirkan dan renungkan sebentar. Ambillah sedikit masa untuk memikirkan keadaan mereka. Kerana kita hanya mempunyai seorang ibu dan sorang ayah di dunia ini. Berbakti dan berjasalah pada mereka selagimana kelopak mata mereka masih berkelip. Ataupun anda ingin memikirkan mereka setelah batu nisan menjadi pengganti mereka? Sedarilah sebelum terlambat.

Dek kerana terlalu memikirkan pengorbanan dan kasih sayang emak dan abah, sehinggalah ianya masuk dalam permainan mimpi. Walaupun ianya hanya sekadar permainan mimpi, tetapi ia telah menyebabkan hati lelaki ini langsung mengalirkan air mata. Kerana aku terlalu menyangi dan merindui mereka. Kenapa sehingga mengalirkan air mata di dalam mimpi ?

Kerana dalam mainan mimpi itu, emak telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Ketika itu aku ingin pergi berjumpa dan bersua dgn emak. Untuk menyatakan kegembiraan dan mengucapkan terima kasih kerana rendang yg di kirim oleh emak telah sampai di Mesir. Setibanya aku di rumah emak , keadaan rumah agak sunyi dan sepi. Bermain di mindaku, mana emak? mana abah?. Terus aku memanggil " emak oh emak ", tiada jawapan daripada emak. Kemudian aku memanggil " abah oh abah". Masih lagi tiada jawapan. Tika aku terpinga-pinga mencari mereka, muncul sahutan satu suara daripada dapur. Terus aku mendapatkan suara itu. Sahutan itu adalah kakakku Along. Lantas aku menanyakan " Along , mana emak long? ". Terus along menyatakan kepada aku bahawa emak telah pergi selama-lamanya semalam dan meninggalkan sepucuk surat untuk aku. Berderas air mata aku ketika itu kerana tidak dapat menerima hakikat pemergian emak. Emak oh emak !

Assalamualaikum Abg ( Faiz ) anak emak,
Semoga abg berada dalam keadaan sihat walafiat. Sedap ke tidak rendang yang emak buatkan 'special' untuk abg tu?. Abg makanlah kenyang-kenyang dan ingat emak dan abah di sini. Abg ingatlah, emak tidak pernah lupa pd anak-anak emak. Walaupun abg jauh di Mesir, emak sanggup kirimkan rendang ini. Asalkan abg dapat merasainya. Sbb emak tidak mampu utk ke sana. Hanya rendang sahaja yg mampu emak kirimkan untuk abg. Abg belajarlah rajin-rajin. Jadilah anak yg soleh. Ingatlah pd emak dan abah. Emak abah sentiasa merindui abg. Janganlah abg bersedih hati ketika ini. Walaupun emak sudah tiada, jadilah seorang anak yang tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan di hari mendatang.
Salam sayang dari emak dan abah untuk abg!

Terus berderai air mata seorang anak seperti aku. Walaupun ianya sekadar permainan mimpi. Sejujurnya aku masih tidak berdaya lagi untuk berpisah dengan emak dan abah. Aku ingin membalas jasa pengorbanan mereka selama ini. Yang telah bersusah-payah dalam membesarkan dan mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga.

" Ya Allah, aku memohon kepadaMU agar berikan aku ruang dan waktu untuk aku berbakti pd emak dan abah. Kerana mereka telah banyk bekorban dan berjuang untuk aku. Berikanlah aku saat itu. Lindungilah dan selamatkanlah emak dan abah dunia dan akhirat. Aku sangat-sangat menyanyangi mereka. Ya Robb. Aku sangat-sangat bersyukur!"





1 comments:

MUHAMMAD BIN HJ TAIB said...

assalam..aku pun tumpang sedih bila baca ayat mak kau..mg kita sama2 jd anak yg Soleh,amin..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More