Tuesday, April 10, 2012

Lakonan 'Ketentuan Illahi'

 Sekadar Hiasan....


' Ketentuan ILLAHI '
Sutradara- Mohd Faiz Bin Esa
Johan pertandingan  Keseniaan&Kebudayaan TAUTAN 12'

Pelakon-pelakon :-

Ust. Mohammad Abd Wahab sbg ayah
Dinie sbg adam (anak cacat)
Mohd Aizat Ikhwan sbg ibu
Mohd Noorfendi sbg Emah
Mohd Azmi sbg Eman
Hadi sbg doktor
Adil sbg anak kampung / pesakit
Aiman sbg anak kampung / pesakit
Zahid sbg doktor / makcik

EPISOD I 
(Lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad- Patah hati)

Suatu malam dinihari yang hening, di sebuah kampung yang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan Kota Metropolitan terbinanya sebuah keluarga yang sangat membahagiakan. Sangat tenang dan menyejukkan walau tidak punya pangkat, harta dan kemewahan. Yang ada hanyalah sebuah pondok kecil yang usang tempat berteduh mereka sekeluarga. Segala-galanya hanya sekadar cukup makan. Beginilah kehidupan keluarga ini di saat menanti kehadiran ahli baru. 

AYAH: Bagaimana dengan kandungan awak ? Rasanya sudah hampir 7 bulan. Ada meragam-ragam seperti si abang dan si kakak ke?
IBU: Alhamdulillah bang, kali ini tiada meragam seperti dahulu. Cuma kali ini, agak kuat sedikit tendangannya. Macam anak lelaki rasanya.
Eman: yeah! Eman dapat adik lelaki. Bolehla jadi geng Eman main bola. Yeah!
Emah: Ala...Emah nak adik perempuan, boleh temankan Emah main pondok-pondok. Xnakla kawan dengan ibu. ( merajuk)
IBU: Sudah-sudahlah, jangan merajuk. Kan belum lahir lagi adiknya. Nanti jika sudah lahir, Eman dan Emah mainlah sama-sama dengan adik. Ibu tak nak tengok anak-anak ibu bergaduh.
AYAH: Betul tu. Eman kan ada ayah. Nanti kita main bola sepak sama-sama. Emah pula da ibu. Boleh ajak ibu main pondok-pondok. Adik nanti lahir kecil lagi. Tak pandai nak main apa-apa lagi. Faham ?
EMAN/EMAH: Faham ayah.
IBU: Eman dan Emah , sudah malam ni. Pergi basuh kaki dan tidur. Besok kamu nak ke sekolah. Nanti susah pula ibu dan ayah nak kejut kamu berdua.
EMAN/EMAH: Baik ayah dan ibu.
 
 EPISOD II

Akhirnya saat yang di nanti-nanti dan di tunggu telah tiba. Si ayah dengan wajah kebimbangan dan kerisauan tika menanti kehaliran ahli baru. Bermacam-macam juga yang telah bermain di fikirannya. Duduk dan bangunnya juga tidak senang. Seperti ada sesuatu perasaan yang kurang enak cuba bermain di benak pemikirannya. Mundar-mandir cuba mententeramkan hati yang gundah. Cuba juga berselawat dan berselang-seli doa agar segalanya baik-baik sahaja. Kerana tempoh kelahiran hari ini agak lama berbanding tempoh kelahiran si abang dan si kakak. 

EMAN: ishhh..lambatnya ibu. Tak sabarlah eman nak main bola sepak dengan adik. Nanti Eman boleh jadi Gerrard. Adik pula boleh jadi goalkeeper. Lambatnya ibu ni.
EMAH: Itula bang. Lambatnya ibu, Sudah lama kita tunggu kat sini.Mana ibu ni ?
AYAH: Eman...Emah, janganlah bising-bising. Ini hospitak bukan rumah kita. Jangan bising-bising. Doakan ibu dan adik selamat ya.

Tiba-tiba lampu di wad bersalin di matikan...
(Lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad- Salam Terakhir)

 DOKTOR: Assalamualaikum..En. Aaron Aziz suami kepada Pn. Erra Fazira? 
AYAH: Waalaikumsalam. Ya, saya En Aaron Aziz. Bagaimana dengan anak saya?
DOKTOR: Alhamdulillah En. Aaron, anak encik selamat di lahirkan. Tapi Encik perlu bersabar.....
AYAH: Kenapa Doktor? Apa yang terjadi pada anak dan isteri saya?
DOKTOR: Saya minta maaf sangat-sangat En. Aaron. Kerana anak Encik cacat seumur hidup dan isteri Encik tidak dapat di selamatkan lagi. Disebabkan pendarahan yang terlalu banyak. Bersabar banyak-banyak Encik.
AYAH: Ya Allah! ......( Meraung seperti tidak dapat menerimanya)

EPISOD III

Sedar tidak sedar, 8tahun lamanya sudah berlalu. Segala-galanya juga berubah sekelip mata. Si ayah yang dahulunya seorang yang penyanyang, pengasih dan bertanggungjawab langsung berubah menjadi seorang yang panas baran, kaki judi, kaki botol dan pemalas dek kerana tidak dapat menerima ketentuan Illahi pemergian isteri tersayang dan di kurniakan pula seorang anak cacat. Yang di rasakan menjadi sebab pemergian isteri tersayangnya. Si abang dan si kakak pula hidup dalam ketakutan dan kerisauan. Terpaksa mengikut apa sahaja kehendak dan kemahuan si ayah agar tidak menjadikan si cacat tempat membalas dendam. Ketika di hari kelahiran si ayah..

AYAH: Emah oh Emah! mana makanan aku. Aku sudah lapar ni.
EMAH: Sebentar ayah. Emah bagi Adam makan ubat. Adam demam panas ni ayah.
AYAH: Apa ? Adam demam panas? Bagus! Biarkan dia mampus. Ko tak payah nak buang duit aku bagi dia makan ubat. Sekarang aku lapar , aku nak makan. Pergi ambil cepat !
EMAH: Ayah ni makanan untuk hari ini. 
AYAH:  Apa yang ko masak hari ni? ha! ko masak ikan goreng je? ko ingat aku ni bapak kucing ke apa ha!
masing-masing menyusahkan aku. Berambus ko!
EMAN: Ayah, Adam ada sesuatu nak bagi pada ayah .
AYAH: ermmmmmm...

Si cacat mengesot mendapatkan si ayah. Untuk memberikan kad ucapan hari kelahiran si ayah. Tiba-tiba si cacat tertumpahkan makanan yang sedang makan si ayah. Dan membuatkan si ayah mengamuk tanpa ada rasa belas kasihan. Memukul si cacat tadi seperti haiwan. Seolah-olah seperti di rasuk sesuatu. Teriakan dan rayuan si abang dan si kakak langsung tidak di dengari si ayah yang seperti membalas dendam untuk si cacat.Tiba-tiba....
(Lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad- Pelangi Petang)

EMAH/EMAH: Ayah..Darah...Darah! Ayah..Adam berdarah ayah. Adam tidak bernyawa. Adam sudah mati ayah. Ayah bunuh Adam!

Si Ayah bangun dan membaca kad ucapan yang cuba di sampaikan si cacat.

Surat Adam untuk ayah,
Selamat hari lahir ayah..
Adam sayang ayah sangat-sangat..
Adam tiada siapa-siapa di dunia ini. Hanya ayah sahaja..
Adam tidak kisah, ayah selalu pukul Adam..
Sbb dengan cara itu sahaja Adam dapat rasa hangat tangan ayah..
Terima kasih ayah..
Sebab jaga Adam..
Adam tahu Adam cacat tak macam abang dan kakak.
Maafkan Adam ayah.
Ayah...
Adam harap, Adam dapat peluk ayah walau sekalipun.
Adam sayang ayah sangat-sangat.
Terima Kasih ayah!

Tamatlah riwayat si cacat yang tidak berdosa. Kesedaran si ayah yang sudah terlambat. Yang tinggal hanyalah sekujur tubuh badan si cacat yang tidak berdosa.  Maka, dengan ini tamatlah sudah ' Ketentuan Illahi '. Sebagai manusia biasa, setiap ujian dan cabaran itu terimalah dengan redha, Kerana di sana tersimpan 1001 hikmah di sebaliknya. Kerana sudah lumrah manusia akan senantiasa di uji dan terus di uji.  Bersabarlah di atas ujianNYA. Moga kita di tetapkan IMAN walau badai datang melanda. Insya-Allah.






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More