Friday, May 11, 2012

Katakan 'tidak' dan katakanlah 'YA'!

Sekadar Hiasan...


Masih lagi rakus menganyam dosa, Kenapa ?
Masih lagi mengetat malas, Kenapa ?
Masih lagi membilang alasan, Kenapa ?
Masih lagi meraja nafsu, Kenapa ?

Masih lagi bermandi hiburan dan liburan, Kenapa ?
Masih lagi bersiul jahil, Kenapa ?
Masih lagi  membazir waktu, Kenapa ? 
Masih lagi berdendang alpa dan lalai, Kenapa?

Katakan tidak
Dan katakanlah tidak!

Carilah mutiara kemanisan iman
Seperti  indahnya pelangi selepas hujan
Bukan malas berakar alasan
Nafsu durjana bisikan syaitan

Al-Quran penghibur Kalam tuhan
Mukjizat Nabi panduan Jahiliah
Demi Masa kesaksianNya
Terhapus duka kealpaan dan kelalaian

Katakan Ya
Dan Katakanlah Ya!



0211am, MalaysiaHallAbbasiah, Cairo.


Analisis 'tembok'


Sekadar Hiasan...


MENGANALISIS ketidaklancaran dan ketidakaturan kitaran kehidupan. Segalanya pasti ada sebab! Memerhati kesempurnaan sahaja adalah tidak wajar. Kerana itu bukan matlamat kita. Justeru itu, bermuhasabalah diri kita agar kita menjadi hamba yang terbilang dan tersohor di sisiNya. Bukan di mata manusia yang penuh kepalsuan. Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani setiap hamba-hambaNya. 


Dirasakan seperti 'tembok' besar yang menghalang dan menyekat sebuah cahaya menembusinya yang menjadikan kita sentiasa lemah dan mengikut hawa nafsu.Hakikatnya,hanya diri sendiri sahaja mampu untuk meruntuhkan dan merobohkan
'tembok' itu. Itupun jika kita mampu dan berjaya menemui tika menganalisis. Bukan manisnya
bermain dengan kata-kata, tetapi  bermasam dan mencuka diri hampir pasrah dalam mencari. Marilah bersama-sama mentelusi nikmat kemanisan iman sebelum Malaikat Izrail menjemput diri untuk di hitung segala kebaikan dan keburukan.Sudahkah kita bersedia ? Ampunkan aku Tuhan ! 

Mencari dengan doa, mencari juga dengan semangat dan usaha. Kemudian berserah dan bertawakal seluruh hati kepadaNya. Yakinlah, di setiap lorong-lorong punya pelbagai agenda pergolakan dan kedamaian. Justeru itu, mulakanlah setiap langkahmu itu dengan mengingatiNya supaya kita tidak mudah untuk terlentok dan terlena serta terkesan kerana setiap itu adalah ujian dan cabaran. Mencari dan terus mencari. Semoga Allah terus memberi kekuatan diri ini untuk semakin dekat padaNya. Ampunkan aku Tuhan ! Engkau memahami apa yang tersurat dan tersirat di dalam ini. Aku yang berdosa ~



1209pm, MalaysiaHallAbbasiah, Cairo. 


Monday, May 7, 2012

Kenapa Buku Oren ?

 Sekadar Hiasan...


Acap kali persoalan di lontarkan berkaitan penamaan buku oren. Kenapa tidak buku merah ? biru ke? hitam ke? pelangi ke?. Kenapa Buku Oren ? kenapa dan kenapa. Secara kesimpulan dan ringkasnya adalah sebuah buku tulis yang di sampul menggunakan sampul bewarna oren. Padat dan ringkas kan kan kan!

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya. " Ek eleh itu je ? ".  Bersabarlah wahai pembaca-pembaca yang budiman. Sabar itu kan indah. Sudah nama pun ringkasan dan kesimpulan. Maka itu baru dahannya sahaja. Belum buah dan isinya.


Sijil kelahiran buku oren.

Ha! Buku oren di lahirkan pada hari rabu, 7 mac 2007, jam 10.50malam di Rumah Zahra` H10.  Merupakan sebuah buku yang  memikir, mentafsir dan meniliti akan kehidupan sepanjang tempoh keberadaan di Bumi Mesir. Jatuh bangun dan gelak tawa menyelusuri kehidupan anak perantauan ini, segalanya di rencanakan dan dicatat di dalamnya. Kadangkala hati dan jiwa terusik dan tertampar buku oren inilah tempat luahan dan berbicara. Segala-galanya di lakukan demi muhasabah diri agar kesilapan dan kealpaan serta kelalaian menjadi pengajaran di hari mendatang.


Cetusan minda dan idea kadang-kadang mengalir di dalam jiwa untuk bergurindam, bersajak dan berpuisi. Tidaklah sehebat dan semahir penulis-penulis terkemuka dunia. Hanyalah 'penulis poyo' untuk tatapan sendiri. Ianya juga sekadar mainan jiwa untuk bermadah dan berkata-kata. Hanyalah menterjemahkan pemikiran diri untuk diri sendiri. Maka, alunan pena di tarikan untuk menterjemahkan akan sesuatu khayalan itu. Juga di sinilah hasil karya di conteng dan di curahkan. Segala-galanya tersirat dan tersurat dengan jutaan emosi. Mencuba mentelusi kekurangan dan kekuatan diri di dalam mencari keredhaan-Nya di dalam merealisasikan impian dan cita-cita.


Buku oren persis diari kehidupan bukan buku Jingga!

Sungguh !Kehidupan di Mesir sangat mencabar minda dan fizikal. Bukan untuk meraih simpati ya! Tetapi inilah hakikat dan kebenaran. Bermulanya episod kehidupan di bumi Anbia` seawal umur 20-an. Bermacam-macam ragam yang wajib untuk di layan.  Berhadapan dan bermuamalah dengan orang arab Mesir yang terkenal dengan sifat-sifat ' ehem' itu bukanlah mudah.  Di umpamakan orang arab Mesir seperti pokok kaktus yang hidup di tengah-tengah padang pasir. Ianya sangat-sangat mencabar jiwa. Aku gagahi setiap langkahku demi impian dan cita-cita. Dialah peneman dan pendamping diri. Walaupun hanya sekadar penulisan, ianya sangat-sangat memuaskan dan melegakan usai meluahkannya.  Seperti hadirnya suatu semangat baru yang membawa cahaya di dalam menerangi kehidupan seorang hamba. Cewah.....


Percayalah! Setiap penulisan ini adalah semangat. Di datangkan ujian dan cabaran melainkan untuk hamba-hambanya berfikir. Begitulah juga diri ini. Tidakla juga di datangkan ujian itu, melainkan ianya masih di dalam keupayaan dan kemampuan hamba-hambaNya. Justeru itu, ianya bukanlah sebab perjalanan kehidupan perlu di berhentikan. Tetapi ianya adalah semangat untuk kita mencari penyelesaianNya. Redhalah akan setiap kegembiraan dan kesedihan yang di kurniakan untuk kita. Kerna itu hadiah dariNya untuk hambaNya. Setiap langkah yang di susun itu menjadikan kita yang terbaik di dalam mencapai MaghfirahNya.

Alhamdulillah. Begitulah sedikit-sebanyak penceritaan berkaitan buku oren yang berjuta emosi. Jutaan terima kasih untuk teman-teman yang sudi membaca dan menjadi pendengar setia cerita buku oren. Semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian. Nasihati dan tegurlah jika terang-terangan kesilapan dan kelalain pernah di lakukan. insha-Allah dan yakin segalanya untuk kebaikan diri untuk menuju ke pulau Akhirat nanti. Sedikit coretan di penulisan buku oren, mereka yang bersemangat mendengar dan membaca motivasi selama 2 atau 3 hari sahaja adalah orang yang kurang cerdik. Fikir-fikirkan bersama...



0135am, MalaysiaHallaAbbasiah, Cairo.



























Friday, May 4, 2012

Pesawat Charlie 'Heroku'

 Ketika 'mereka' kurus-kurus..

Perhatian!
Kepada semua penghunia Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Pada malam ini jam 11.00mlm-0700pg perintah berkurung telah dikuatkuasakan semula demi keselamatan sahabat-sahabat semua.

Ha! amaran perintah berkurung telah di laungkan dan di peringatkan sebentar tadi. Ianya benar-benar mengingatkan aku peristiwa yang berlaku pada revolusi Mesir 25 januari tahun lepas untuk menggulingkan Hosni Mubarak. Peristiwa yang berlaku sekelip mata. Yang membawa aku bersama teman-teman terbang ke Malaysia secara percuma. Ianya juga merupakan sebuah catatan sejarah untuk Malaysia dan Egypt.

25 Januari 2011.
Disaat itu, aku juga berada di Medan Tahrir bersama seorang teman untuk menguruskan pembelian tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Langsung tidak menyangka sesuatu perkara buruk akan berlaku. Mungkin kealpaan dan kesilapan diri yang sudah lama tidak membaca berita-berita terkini kerana sibuk dengan imtihan yang sedang berlangsung. Kelihatan juga barisan polis bersama senjata dan perisai.  Di dalam hati, " ah! ini sudah perkara biasa di Mesir ".

Berjalan dan terus berjalan. Demi menyempurnakan misi hari itu. Tiba-tiba kelihatan beberapa buah kereta kebal tentera bersama dengan ribuan himpunan manusia sedang berdemontrasi. Barulah aku tahu, ianya merupakan himpunan suara rakyat membuat demonstrasi untuk menggulingkan pemimpin mereka. Gementar dan cuak terus bermain di dalam hati ketika itu. Kami sudah tersepit di tengah-tangah di antara polis dan rakyat Mesir. Pada muka! Mak tolong mak.....hehehe
Bermulala episod ketika itu lari-lari anak menyelamatkan diri daripada polis yang menyemburkan gas pemedih mata.Taubat oh taubat. Janji tidak buat lagi.

Rentetan daripada episod itu, hari demi hari keadaan bertambah semakin parah di Kaherah, Iskandariah , Terusan Suez dan beberapa tempat lagi. Ditambah keparahannya apabila di umumkan bahawa banduan-banduan di penjara terlepas dan membuat kacau-bilau serta jenayah-jenayah kecil. Maka bermulala episod perintah berkurung, kehabisan stok makanan, sekatan-sekatan di setiap jalan, line telefon dan internet di matikan, pelajar-pelajar Malaysia berkampung di Malaysia Hall dan DARURAT. Yang menyebabkan kerisauan oleh ibu bapa di Malaysia. Dan menggesa anak-anak mereka di hantar pulang demi keselamatan.

Charlie 'Hero' kami!

Charlie merupakan pesawat pangankutan TUDM. Juga merupakan pesawat yang di takdirkan untuk menerbangkan dan menyelamatkan kami dari Kaherah ke Jeddah. Tidak seperti pesawat MAS dengan layanan yang sangat baik dan keselesaan yang memuaskan. Walaupun rupa di dalamnya penuh dengan wayar-wayar seperti separuh siap. Itulah pengalaman 2 jam yang paling mengembirakan dan menyeronokkan. 2 jam ok lagi. Lebih-lebih jam " i'm sorry". Gegaran seperti naik lori sangat menyeramkan,  layanan seperti askar dan macam-macam lagi.
Askar : " depan lagi, depan lagi..".
Kami: " dah tak muat lagi bang "
Askar: " lutut bercamtum lutut. Depan lagi faham x!"
kami: " Baik.." walaupun sempit, itula semangat setiakawan. hehe
Seperti di dalam latihan ketenteraan. Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih kepada TUDM yang sanggup menyelamatkan kami. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Masih ingat lagi kah waktu itu ? 
Siap ada yang selunjur kaki letak di bahu orang lain. Siapakah itu ? jeng jeng jeng..

Pelarian di Jeddah. 

Alhamdulillah. ketika di  Jeddah,Arab Saudi selama hampir seminggu, kami di layan dengan baik dan memuaskan di Madinatul Hujjaj. Dari segi peginapan, makanan, keperluan asas dan sebagainya. Saat yang di tunggu-tunggu ketika itu adalah pengumuman. Pengumuman nama-nama bertuah untuk pulang ke tanah air. Berhari-hari kami menunggu, maka tibalah masanya, untuk kumpulan kami pulang ke Malaysia. Melonjak-lonjak keriangan dan kegembiraan. Seperti kanak-kanak memperolehi barang mainan. Sungguh indah !Siapa pula yang melonjak-lonjak kegembirangan, siap bahagi-bahagikan makanan pada orang lain, siap salam orang sekeliling. Tiba-tiba, maaf penerbangan anda semua di batalkan. buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!  Sangat indah ketika itu.


Oh Malaysia...

Bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi apabila kami selamat tiba di KLIA dengan selamat dan jayanya daripada Mesir sebuah negara yang sedang bergolak ketika itu. Tiada yang lebih penting ketika itu, melainkan berjumpa dan bersua dengan emak dan abah yang menahan kerisauan berminggu lamanya. Untuk memperlihatkan diri ini sihat dan selamat daripada musibah. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam misi 'Ops Piramid' menyelamatkan kami di Mesir. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa kalian. insha-Allah. Marilah kita semua sama-sama mendoakan agar keamanan dan kesejahteraan di pelihara oleh Allah. Ameen.


Ayuh memikir, mentafsir dan meneliti.





1140pm, MalaysiaHall Abbasiah, Cairo.



 




Monday, April 30, 2012

Warna-Warni April

 Sekadar Hiasan..

Bulan April.

Sebentar sahaja lagi, bulan April akan meninggalkan kita dengan pelbagai lakaran peristiwa. Maka, bermulalah kehidupan kita di bulan Mei. Hampir sedar atau tidak, begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita. Seperti baru sahaja melalui bulan Mac tempoh hari, Kemudian bulan April tika ini dan sesaat sahaja lagi kita sudah tiba  di bulan Mei. Ha ! Besok sudah 1 Mei. Selamat Hari Buruh untuk semua buruh-buruh di dunia..

Berisi atau kosong.

Begitulah kehidupan manusia yang berpusing seperti roda. Sentiasa berputar dan terus berputar dan mustahil untuk di kembalikan. Yang berlalu pantas menjadi warna-warni kehidupan.  Baik dan buruk segalanya terpenuhi dengan hikmah dari-NYA. 'Mabruk' untuk anda yang telah mengisi pelbagai agenda yang bermanfaat di bulan April . Jika masih di antara kita yang masih kosong dan samar-samar, maka sama-samalah kita memanfaatkannya di bulan Mei. Insha-Allah

Usah meratapi dan menangisi segala yang telah berlalu. Kerana ratapan dan tangisan air mata anda tidak akan merubah apa-apa pun hanyalah merugikan sahaja. Ayuh pulun ! Kerana anda punya masa dan masih belum terlambat.

Ukhwah itu penting!

Bulan April adalah  bulan penggerak semangat ukhwah. Sesuatu perkara baru yang telah di pelajari dan di praktikkan berkaitan ukhwah. Bermula dengan Program Mega TAUTAN 12` yang menjadi momentum dan mekanisme arus perubahan. Kemudian disusuli dengan kepelbagai program setiap Biro JKP DMAK seperti Gotong-Royong Perdana, Pertandingan keceriaan aras, Program Motivasi " Aku Mumtaz ", Kempen Biah Solehah, Jaulah Maqam, Bacaan Al-Mulk, Jamuan aras dan pelbagai lagi. Yang mana ianya membuktikan objektif ukhwah mengerat sillaturrahim itu benar-benar tercapai dengan jayanya. Alhamdulillah...

Tidak di lupakan juga, ucapan tahniah di atas kejayaan pasukan Bola Tampar Johor mendapat tempat pertama di Kejohanan Bola Tampar anjuran Perubatan Mansurah. Juga merupakan aktiviti terakhir sebelum menghadapi 'imtihan'. Sejujurnya bukanlah kemenangan itu sasaran utama kami. Tetapi kesepakatan di dalam berpasukan itu impian dan idaman kami. Alhamdulillah, akhirnya kesepakatan di dalam ukhwah itu menatijahkan kemenangan kepada kami. Syabas dan tahniah sekali lagi untuk kalian yang sangat 'cool'!  Anggotanya adalah Syakirin, Ainud, Zaman, Faiz Khalid, Fateh, Syafiq, Ghazali, Zaki, Nizam. Saya sangat-sangat kagum dengan kalian. Daripada tidak pernah bertegur-sapa, akhirnya kita mampu bertepuk-tampar. Alahai 'Sweetnyeeeeee......'.

Bersukan sudah, jalan-jalan sudah, makan-makan sudah, tidur pun sudah!Justeru itu tiada lagi istilah 'main-main' di bulan Mei. Cuba dan terus mencuba melekatkan diri di Hotel 315. Keperluan atau keinginan ?. Biar apa pun kata-kata anda, ianya adalah yang terbaik untuk diri ini. Pintaku, agar kalian tidak pernah lupa dan alpa untuk mendoakan saya agar  di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Harapan meraka tetap perjuangan kita! Impian dan cita-cita bukan angan-angan Mat Jenin. Masa muda usah di sia-siakan, sementara peluang masih ada. Semoga menjadi orang yang bertakwa! Selamat menempuhi alam peperiksaan untuk semua teman-teman. Bitaufiq wannajah. insha-Allah. Mumtaz akhlak, Mumtaz Ibadah, Mumtaz Pemikiran, Mumtaz Pelajaran.

Ayuh memikir, mentafsir dan meneliti.



01220pm, MalaysiaHallAbbasiah, Cairo.



Wednesday, April 25, 2012

Harapan dan 'Exam' !

 Sekadar Hiasan...

Hari-hari yang dilalui tampak mudah dan membahagiakan. Tetapi bisikan hati kecil ini menafikan segala-galanya. Tidak semudah yang di tonton dan di lihat. Juga tidak seperti yang di rencanakan. Riangnya jiwa anak muda ini seolah-olah hidup hanyalah untuk bersuka-ria semata-mata. Tetapi realitinya aku masih mencari-cari dan tercari-cari. Sangatlah sukar untuk meluahkannya. Juga sangat mencemburui kelibat-kelibat mereka. Bukanlah angan-angan tetapi impian dan cita-cita sering menghantui. Untuk diri yang hina dan lemah ini. Naluri jiwa yang jauh dari segalanya. Rintihan demi rintihan sentiasa bergolak. Tangisan juga tiada air ma. Pada siapa untuk aku meluahkan ? keluarga  ? teman-teman ? guru-guru ? Jika di luahkan pada mereka, adakah mereka akan memahami situasi ini dan menjadi pendengar yang setia? Begitulah hakikatnya titian kehidupan seorang hamba.Ya Robb. Hanya padaMU tempat aku mengadu dan meluahkan.

Harapan dan 'Exam' !

Tika  rakan-rakan khusyuk dengan kitab-kitab yang hampir lunyai tatkala 'imtihan' semakin hampir, aku seperti di landa perang emosi diri. Kadang-kadang semangat yang melampau, kadang-kadang pula takut untuk menghadapinya, kadang-kadang kosong. Sudah menjadi lumrah untuk mereka yang akan menghadapai 'exam' mengalami perasaan itu. Termasuk juga diri kerdil ini. Dengan harapan demi harapan yang di pertanggungjawabkan dan di laungkan. Segala perasaan itu seolah-olah bercampur-baur. Tetapi bagi aku harapan itu adalah dorongan dan pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini.  Mohon doanya dari keluarga dan teman-teman sekalian agar segala urusan di permudahkan. Dan akhirnya menatijahkan yang terbaik untuk diri dan teman-teman.insha-Allah.

Persatuan

Bukan pangkat dan pujian yang dikejar semata-mata. Tetapi ianya adalah amanah dan tanggungjawab  yang perlu di selesaikan. Dan akan di persoalkan kelak. Di dalam memimpin, kadang-kadang putus-asa sering melanda diri ini. Kerna aku tidak kuat untuk menghadapi mereka. Yang kadang-kadang melemahkan jiwa dan raga, dengan ragam dan aksi .Tetapi bagi aku ianya cabaran di dalam memimpin. Juga mengkikhlaskan diri niat kerana Allah S.W.T. Kerna setiap daripada kita juga adalah pemimpin. Justeru itu, aku memegang visi dan misi " Bepersatuan Wadah Mentarbiah Diri".  Semoga dengan bepersatuan dan kepimpinan dapat menjadikan aku insan yang proaktif dan produktiviti serta berrmanfaat untuk agama, keluarga dan bangsa suatu hari nanti. 

Menulis

Kesibukan dan alasan sentiasa menjadi kemalasan di dalam menulis. Juga 'Line broadband' di akhir bulan. Faham-fahamkan sendiri ya! Begitu dan beginilah manusia yang sentiasa memberi pelbagai jawapan dan alasan. Khususnya diri ini. " Cakap malas kan senang "...hehehe
Tapi serius, alasan-alasan tadi juga adalah penyumbang untuk tidak bekarya. Juga menjadikan 'bukuOren.blogspot.com.my' berhabuk sedikit. Belum sampai tahap bersarang lagi. Baiklah! Tekad diri ini untuk perbanyakkan karya dan tulisan selepas ini. Tiada lagi alasan. Tiada lagi malas-malas. ok. Akhir kalam, pintaku agar teman-teman mampu menjadi pendengar yang setia walaupun melalui tulisan ini. Juga mampu memberikan nasihat yang terbaik untuk diri ini tika menghadapi titian kehidupan. Jika teman-teman merasakan diri ini jauh daripadaNYA tegur dan nasihatilah. Agar kita mendapat manfaat dan hikmah daripadaNYA. insha-Allah.
Juga tidak di lupakan doa dari teman-teman untuk diri ini. Semoga di permudahkan urusan dunia dan akhirat, Juga menjadi insan yang soleh dan beriman. Amin Ya Robb.



0427pm, MalaysiaHallAbbasiah, Cairo.




Monday, April 16, 2012

Jom ' Cuci-cuci aras '

Menjaga kebersihan itu adalah tuntutan Islam. Kebersihan rohani, mahupun zohiri. Allah S.W.T itu cantik dan sukakan pula kecantikan. Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan diri dan sekeliling kita. Jadikanlah kebersihan itu biasa dan kekotoran itu luar biasa.. Juga buanglah pemikiran negetif, rumah kotor adalah rumah bujang. Jadikanlah contoh pada sahabat-sahabat kita, rumah bujang bersih adalah bujang yang beriman. Maka marilah transformasi diri kita menjaga kebersihan. Ayuh!

Sempena cuti ' Syammu Annasim ' iaitu cuti pertukaran musim yang di sambut pada16 April setiap tahun. Saya bersama ahli keluarga aras 3 telah bersama-sama berganding-bahu dan bertungkus-lumus mengadakan ' Cuci-cuci aras '. Ianya bertujuan untuk membersihkan segala kekotoron bersempena Imtihan dan pertandingan keceriaan yang akan datang. Di samping  mengeratkan ukhwah silaturrahim keluarga kami. Segala-galanya bermula pada jam 0800pagi yang di terajui oleh ketua aras yang kacak dan panas. Saudara  Doktor Mohd Haris Alias....

Segalanya bermula  ' Cuci-cuci Aras ' !


 Siapakah anak kecil ini ? Ikuti sehingga akhir coretan saya...Syukran ):


 Hasil kerja Doktor Aslam dan Ustaz Azmi. Berkilat dinding itu hasilnya.


 Ajwad- Rajin noh!


 Ustaz Isa yang sentiasa ceria. Senyum sikit boleh ...hehe


 Haris: Selepas basuh sana, basuh sini pula. Faham ?
Hafiz: Baik Ketua !


 Wow kilatnya..Masuk toilet bayar LE0.50..


 Ustaz Fendi dengan bilik pantry. Rajinnya abg Fendi kita..pewitttttt!


 Abdullah Moustafa datang melihat kerjanya telah di bereskan. Alhamdulillah!


 Kerja saya adalah "...................". tetttttttttttttttttttttttttttt!


 " Ahlan Wasahlan" kepada Ustaz Azuan. Ahli baru aras 3.


 Sudah  di bersihkan dengan Detol.  Adik Ulya bebas dengan kuman-kuman. Yepppppi....


 Inilah Adik Ulya. Menjadi tetamu kami hari ini.


 Kreatif ...!


 Lihat, baca dan buat yer sahabat-sahabat.


 Makanan dan minuman adik Ulya. Kek coklat tu..


Sedikit-sebanyak ragam adik Ulya bersama saya. Walaupun keletihan, gembira dengan kehadiran adik Ulya. Terus menjadi ' babysitter ' yang tidak bertauliah sebentar di Studio 315. Adik Ulya yang sangat cerdik dan pintar. " Fishhhhhhhhhhhh "...." Na nak"......." twinkle, twinkle....". hehehehehe. Sudah sampai masanya....insya-Allah.








Akhirnya, selesai sudah! Setelah berpenat-penat ' Cuci-cuci aras '  kami di jamukan dengan sarapan Nasi Goreng dan air teh susu yang terbaik. Senyuman dalam keletihan semuanya. Apa-apapun semoga ukhwah kita semua  berkekalan hingga ke Syurga. Terima kasih kepada semua ahli keluarga aras 3 yang bersama-sama turun memberikan komitmen dan kerjasama. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian semua. insya-Allah.




T.A.M.A.T

Saturday, April 14, 2012

Yahoo Mesenggers @ Skype ?

Sekadar Hiasan...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Setelah sekian lama hasrat hati emak dan abah untuk melihat kondusi diri anaknya ini tercapai juga akhirnya. Walaupun pelbagai rintangan yang datang dengan tiba-tiba. Macam peningla jugak. Yahoo Massenggers yang tidak pernah bermasaalah pun tiba-tiba bermasaalah. Dengan Skype yang sebelum ini mudah untuk di gunakan pula, tiba-tiba macam-macam pula yang di minta. Agak pelikla jugak. Tapi Alhamdulillah, syukur!
Segala-galanya di permudahkan juga untuk mempertemukan anak ini dengan emak dan abah yang sentiasa di sayangi dan di rindui. 

Walaupun beribu batu jauhnya kita terpisah (Segamat, Malaysia- Kaherah, Mesir.) segalanya di permudahkan dengan teknologi yang serba moden dan canggih ini. Seakan-akan kami berbual di waktu dan tempat yang sama. Juga seakan-akan kami berbual sambil makan semeja. Asyiknya! Sangat-sangat merindui waktu itu.Opppssss...ianya hanyala sekadar permainan hati ini. Realitinya, aku sangat-sangat memahami naluri emak dan abah. Dengan pertuturan yang di lontarkan, juga gelak-tawa dan gurauan mereka seperti sesuatu perasaan yang sengaja di nyorokkan. Pastinya merindukan anak comel ini. hehehe..Aku juga yang lebih pasti sangat merindui emak dan abah. Kerana aku hanya ada seorang emak dan seorang abah di dunia ini! Juga susah-payah, jatuh-bangun anak ini hanya emak dan abah yang memahami. Bukanlah seorang anak manja. Tapi inilah realitinya hidup seorang anak di perantaun. Ya Robb..

Pasrah!

Walaupun emak dan abah dapat menonton dan melihat diri anak ini. Hakikatnya kesedihan dan kepasrahan melanda diri ini kerna tidak dapat menatap wajah mereka berdua. Sangat sedih !Mendengar suara dan menatap wajah adalah tidak sama. Apakah reaksi mereka ? apakah keadaan sebenar mereka ? Kepelbagaian persoalan bermain.Walaupun hampir tiap-tiap hari anak ini pasti akan menghubungi emak dan abah. Yang kadang-kadang hampir tiada isi untuk di bicarakan. Tapi bagi aku itu adalah tanggungjawab untuk anak ini. Kata-kata emak dan abah adalah semangat bagi anak ini. Juga sebagai sumber inspirasi dan kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini.

Alfu syukran emak dan abah. Harapan dan impian mereka perjuangan dan pengorbanan aku. Pemergian aku maruah mereka. Secebis luahan ini mengakhiri perbualan kami. Pintaku agar di doakan selalu, juga di nasihati selalu. Kerana setinggi-tinggi gunung yang di daki, kadang-kala ujian dan cabaran pasti hadir, tanpa di duga.Bersabarlah dan bertawakal padaNYA. Semoga di beri kekuatan di dalam mencapainya tika imtihan sudah hampir menghampiri. insyaAllah.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Thursday, April 12, 2012

Selamat Hari Lahir Emak.

Selamat Hari Lahir Emak!

13 April merupakan tarikh yang teramat penting untuk di ingati. Ianya merupakan ulang tahun kelahiran emak yang tersayang "Mesnah Binti Paiman". Entah kenapa apabila bercerita tentang emak, hati kecil ini mudah saja terusik. Mungkin itulah naluri seorang anak yang pernah melukakan hati emak. Juga pernah menitiskan air matanya. Tetapi emak tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan ini di dalam membesarkan anak-anak. Tiada keluh-resah mahupun ungkapan jemu dalam mendidik dan membesarkan kami lima beradik. Impian dan harapan emak adalah anak-anak di permudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi. Juga mampu menggembirakan hati mereka di hari mendatang. Di antara kalam-kalam emak yang sentiasa menjadi kekuatan dan semangat dalam mengharungi kehidupan ini adalah " Emak tidak mampu untuk memberi kekayaan harta, tetapi mak sanggup berkorban segalanya demi memastikan anak-anak emak berilmu. Untuk di  gunakan pada masa akan datang. "

Emosi.

Ya. Emak seorang yang kuat dan tabah. Manakan tidak, setiap episod kehidupan yang pasti mengalirkan air mata, emak tidak pernah mengalirkannya. Begitu juga tatkala saya ingin berlepas dari Malaysia ke Egypt, emak masih cool dan mampu menahan air mata. Tetapi yang menitis air mata ketika itu adalah saya. Kerana tidak sanggup untuk berpisah dan menahan kerinduan berbulan-bulan lamanya.  Mungkin itulah pengorbanan emak untuk tidak melihatkan kesedihannya ketika itu. Juga merelakan pemergiaan saya, di atas nama pengorbanan dan perjuangan.

Begitulah pengorbanan emak untuk anak-anak. Biarpun gunung bertukar menjadi emas sekalipun, tidak pernah cukup untuk menandingi pengorbanan emak. Begitu juga, seandainya dunia dan isinya di jadikan tebusan sekalipun, juga tidak pernah cukup untuk membalas ketulusan hati dan nilai kasih emak. Yang sanggup mengharungi kesusahan dan keperitan di dalam memastikan anak-anak membesar seperti manusia kebiasaanya.

Di kesempatan waktu ini, saya ingin mengucapakan selamat ulang tahun kelahiran untuk emak yang sangat-sangat di sayangi dan di cintai. Semoga emak di kurniakan kesihatan yang baik,di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Semoga emak juga cekal dan tabah di dalam mengharungi ujian dan cabaranNya. Doakan agar anak-anak emak menjadi anak yang soleh dan solehah . Yang mampu berjuang untuk agama, bangsa dan negara. insyaAllah..

Selamat Hari Lahir Emak!
 
 












Tuesday, April 10, 2012

Lakonan 'Ketentuan Illahi'

 Sekadar Hiasan....


' Ketentuan ILLAHI '
Sutradara- Mohd Faiz Bin Esa
Johan pertandingan  Keseniaan&Kebudayaan TAUTAN 12'

Pelakon-pelakon :-

Ust. Mohammad Abd Wahab sbg ayah
Dinie sbg adam (anak cacat)
Mohd Aizat Ikhwan sbg ibu
Mohd Noorfendi sbg Emah
Mohd Azmi sbg Eman
Hadi sbg doktor
Adil sbg anak kampung / pesakit
Aiman sbg anak kampung / pesakit
Zahid sbg doktor / makcik

EPISOD I 
(Lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad- Patah hati)

Suatu malam dinihari yang hening, di sebuah kampung yang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan Kota Metropolitan terbinanya sebuah keluarga yang sangat membahagiakan. Sangat tenang dan menyejukkan walau tidak punya pangkat, harta dan kemewahan. Yang ada hanyalah sebuah pondok kecil yang usang tempat berteduh mereka sekeluarga. Segala-galanya hanya sekadar cukup makan. Beginilah kehidupan keluarga ini di saat menanti kehadiran ahli baru. 

AYAH: Bagaimana dengan kandungan awak ? Rasanya sudah hampir 7 bulan. Ada meragam-ragam seperti si abang dan si kakak ke?
IBU: Alhamdulillah bang, kali ini tiada meragam seperti dahulu. Cuma kali ini, agak kuat sedikit tendangannya. Macam anak lelaki rasanya.
Eman: yeah! Eman dapat adik lelaki. Bolehla jadi geng Eman main bola. Yeah!
Emah: Ala...Emah nak adik perempuan, boleh temankan Emah main pondok-pondok. Xnakla kawan dengan ibu. ( merajuk)
IBU: Sudah-sudahlah, jangan merajuk. Kan belum lahir lagi adiknya. Nanti jika sudah lahir, Eman dan Emah mainlah sama-sama dengan adik. Ibu tak nak tengok anak-anak ibu bergaduh.
AYAH: Betul tu. Eman kan ada ayah. Nanti kita main bola sepak sama-sama. Emah pula da ibu. Boleh ajak ibu main pondok-pondok. Adik nanti lahir kecil lagi. Tak pandai nak main apa-apa lagi. Faham ?
EMAN/EMAH: Faham ayah.
IBU: Eman dan Emah , sudah malam ni. Pergi basuh kaki dan tidur. Besok kamu nak ke sekolah. Nanti susah pula ibu dan ayah nak kejut kamu berdua.
EMAN/EMAH: Baik ayah dan ibu.
 
 EPISOD II

Akhirnya saat yang di nanti-nanti dan di tunggu telah tiba. Si ayah dengan wajah kebimbangan dan kerisauan tika menanti kehaliran ahli baru. Bermacam-macam juga yang telah bermain di fikirannya. Duduk dan bangunnya juga tidak senang. Seperti ada sesuatu perasaan yang kurang enak cuba bermain di benak pemikirannya. Mundar-mandir cuba mententeramkan hati yang gundah. Cuba juga berselawat dan berselang-seli doa agar segalanya baik-baik sahaja. Kerana tempoh kelahiran hari ini agak lama berbanding tempoh kelahiran si abang dan si kakak. 

EMAN: ishhh..lambatnya ibu. Tak sabarlah eman nak main bola sepak dengan adik. Nanti Eman boleh jadi Gerrard. Adik pula boleh jadi goalkeeper. Lambatnya ibu ni.
EMAH: Itula bang. Lambatnya ibu, Sudah lama kita tunggu kat sini.Mana ibu ni ?
AYAH: Eman...Emah, janganlah bising-bising. Ini hospitak bukan rumah kita. Jangan bising-bising. Doakan ibu dan adik selamat ya.

Tiba-tiba lampu di wad bersalin di matikan...
(Lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad- Salam Terakhir)

 DOKTOR: Assalamualaikum..En. Aaron Aziz suami kepada Pn. Erra Fazira? 
AYAH: Waalaikumsalam. Ya, saya En Aaron Aziz. Bagaimana dengan anak saya?
DOKTOR: Alhamdulillah En. Aaron, anak encik selamat di lahirkan. Tapi Encik perlu bersabar.....
AYAH: Kenapa Doktor? Apa yang terjadi pada anak dan isteri saya?
DOKTOR: Saya minta maaf sangat-sangat En. Aaron. Kerana anak Encik cacat seumur hidup dan isteri Encik tidak dapat di selamatkan lagi. Disebabkan pendarahan yang terlalu banyak. Bersabar banyak-banyak Encik.
AYAH: Ya Allah! ......( Meraung seperti tidak dapat menerimanya)

EPISOD III

Sedar tidak sedar, 8tahun lamanya sudah berlalu. Segala-galanya juga berubah sekelip mata. Si ayah yang dahulunya seorang yang penyanyang, pengasih dan bertanggungjawab langsung berubah menjadi seorang yang panas baran, kaki judi, kaki botol dan pemalas dek kerana tidak dapat menerima ketentuan Illahi pemergian isteri tersayang dan di kurniakan pula seorang anak cacat. Yang di rasakan menjadi sebab pemergian isteri tersayangnya. Si abang dan si kakak pula hidup dalam ketakutan dan kerisauan. Terpaksa mengikut apa sahaja kehendak dan kemahuan si ayah agar tidak menjadikan si cacat tempat membalas dendam. Ketika di hari kelahiran si ayah..

AYAH: Emah oh Emah! mana makanan aku. Aku sudah lapar ni.
EMAH: Sebentar ayah. Emah bagi Adam makan ubat. Adam demam panas ni ayah.
AYAH: Apa ? Adam demam panas? Bagus! Biarkan dia mampus. Ko tak payah nak buang duit aku bagi dia makan ubat. Sekarang aku lapar , aku nak makan. Pergi ambil cepat !
EMAH: Ayah ni makanan untuk hari ini. 
AYAH:  Apa yang ko masak hari ni? ha! ko masak ikan goreng je? ko ingat aku ni bapak kucing ke apa ha!
masing-masing menyusahkan aku. Berambus ko!
EMAN: Ayah, Adam ada sesuatu nak bagi pada ayah .
AYAH: ermmmmmm...

Si cacat mengesot mendapatkan si ayah. Untuk memberikan kad ucapan hari kelahiran si ayah. Tiba-tiba si cacat tertumpahkan makanan yang sedang makan si ayah. Dan membuatkan si ayah mengamuk tanpa ada rasa belas kasihan. Memukul si cacat tadi seperti haiwan. Seolah-olah seperti di rasuk sesuatu. Teriakan dan rayuan si abang dan si kakak langsung tidak di dengari si ayah yang seperti membalas dendam untuk si cacat.Tiba-tiba....
(Lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad- Pelangi Petang)

EMAH/EMAH: Ayah..Darah...Darah! Ayah..Adam berdarah ayah. Adam tidak bernyawa. Adam sudah mati ayah. Ayah bunuh Adam!

Si Ayah bangun dan membaca kad ucapan yang cuba di sampaikan si cacat.

Surat Adam untuk ayah,
Selamat hari lahir ayah..
Adam sayang ayah sangat-sangat..
Adam tiada siapa-siapa di dunia ini. Hanya ayah sahaja..
Adam tidak kisah, ayah selalu pukul Adam..
Sbb dengan cara itu sahaja Adam dapat rasa hangat tangan ayah..
Terima kasih ayah..
Sebab jaga Adam..
Adam tahu Adam cacat tak macam abang dan kakak.
Maafkan Adam ayah.
Ayah...
Adam harap, Adam dapat peluk ayah walau sekalipun.
Adam sayang ayah sangat-sangat.
Terima Kasih ayah!

Tamatlah riwayat si cacat yang tidak berdosa. Kesedaran si ayah yang sudah terlambat. Yang tinggal hanyalah sekujur tubuh badan si cacat yang tidak berdosa.  Maka, dengan ini tamatlah sudah ' Ketentuan Illahi '. Sebagai manusia biasa, setiap ujian dan cabaran itu terimalah dengan redha, Kerana di sana tersimpan 1001 hikmah di sebaliknya. Kerana sudah lumrah manusia akan senantiasa di uji dan terus di uji.  Bersabarlah di atas ujianNYA. Moga kita di tetapkan IMAN walau badai datang melanda. Insya-Allah.






Sunday, April 8, 2012

Segalanya TAUTAN 12'

 Sekadar Hiasan...

           TAUTAN 12' sudah melabuhkan tirainya semalam dengan jayanya. Dengan 1001 macam aksi, ragam, sorakan, laungan dan emosi yang telah menggamit perasaan ini. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana di permudahkan segala urusan sebelum dan sepanjang program berlangsung. Kepelbagaian ujian dan cabaran yang datang langsung tidak mematahkan semangat untuk merealisasikannya.

Sekalung penghargaan tahniah dan syabas untuk Doktor Al-asyraf dan Doktor Fatin Yusra serta seluruh Adhock pelaksana yang bertungkus-lumus jiwa raga, masa dan tenaga dalam memastikan program TAUTAN 12' tercapai dengan megah dan jayanya demi mencapai objektif yang di sasarkan iaitu Tautan Ukhwah Jalinan Kasih.

Tidak di lupakan juga, Education Malaysia Egypt ( EME ), JKP ( Jawatankuasa Penghuni DMAK), dan seluruh penghuni Dewan Malaysia Abasiah Kaherah ( DMAK) yang sama-sama turun padang untuk memeriahkan program TAUTAN 12' yang juga julung kalinya diadakan di sini. Objektif EME  itu sendiri untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.  Maka dengan TAUTAN 12' ini, mahasiswa mampu menonjolkan segala 'soft skill' yang ada serta bakat-bakat diri yang sedia ada, sebagai persediaan di dalam menghadapi persaingan di era globalisasi kelak.

Berpanas terik dan bermandi peluh kita semua bersama-sama disetiap acara yang di pertandingkan. Di antaranya ialah Lumba lari, Futsal, Bola Tampar, Badminton, Ping pong, Lakonan, Pengacaraan, Pantun, Catur , Sukaneka dan macam-macam lagi. Yang mana segalanya telah menggamit memori zaman persekolahan. Manakan tidak, kebanyakan acara yang di pertandingkan adalah acara-acara di era zaman persekolahan. Walaupun tidak segagah dan sekuat dulu, saya juga berjaya menyumbangkan pingat dan mata untuk kumpulan Ukhwah ( Ungu). Iaitu 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa. Di dalam acara lumba lari, badminton, bola tampar , lakonan dan kuiz.

Ucapan syabas juga untuk seluruh ahli keluarga Tautan ( Biru), Jalinan (Hijau), Kasih (Merah) serta tidak lupa kepada keluarga Ukhwah ( Ungu) yang juga di bawah pimpinan saya sendiri yang telah berjaya untuk menjadi juara keseluruhan program TAUTAN 12'. Tahniah! Saya sangat-sangat menghagai di atas sumbangan , komitmen dan kerjasama serta semangat juang yang tinggi yang telah di pamerkan di dalam memastikan kemenangan milik kita. Di samping ianya juga sebagai penggerak di dalam mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Segala-galanya telah menjadi sebuah lakaran peristiwa. Sorakan dan laungan semalam itu juga telah menjadi kenang-kenangan untuk kita semua. Kemenangan atau kekalahan itu adalah tidak penting. Yang penting adalah Tautan Ukhwah Jalinan Kasih. Agar jambatan ukhwah yang di bina ini mampu berterusan dan berpanjangan. Siramilah dan bajailah ia dengan jalinan kasih. Semoga hubugan silatrurahim kita semakin erat dan berpanjangan hingga ke syurga. Jika di beri keizinanNYA kita semua akan kembali bersua di TAUTAN 13'. Insya-Allah.

Salam Ukhwah untuk semua.

08April2012, 315ARMA. 0211AM.

Tuesday, March 20, 2012

Jiwa Kosong

Sekadar Hiasan...


          MENCARI arah itu dalam pasti. Sesuatu yang yakin kehebatan dan keagongannya. Tidakkah kita terfikir setiap sesuatu itu yang di cipta punya tanggungjawab dan ujiannya. Yang berbeza-beza dan pelbagai. Begitu juga manusia yang paling teristimewa daripada makhluk ciptaanya yang lain. Apakah keistimewaan itu kita sedari ? Atau kita masih kaku dalam tidur, hanya setelah di jemput oleh Malaikat dan di hitung olehnya barulah kita 'meroyan' dan merayu untuk kembali mengumpul amalan. Tidakkah ketika itu sudah terlambat ?


          Beringatlah, di dalam mengharunginya, pelbagai ujian sedang menunggu di lorong-lorong. Selagi kita masih punya nyawa, selagi itu juga kita akan di uji. Bukan hanya kesusahan, kesenangan dan kemewahan juga ujian dariNya. Segala-galanya tidak mudah dalam memenuhi. Sabar dan tabah. Berpeganglah pada tauhid Allah. Yang menjanjikan kebaikan bagi mereka. 


          Ujian dan dugaan menjadi titian kepada kesuburan jiwa. Permasaalahan pula menjadi anak tangga menuju kehalusan jiwa. Dan segala fitnah dunia pula menjadi baja untuk menyubur iman. Maka laluilah dengan keimanan. Segala-gala yang tertulis itu suratan. Janji tetap janji. 


AKAL!

          Anugerah yang paling bernilai untuk manusia. Transformasilah iman kita setiap masa. Justeru itu, berusahalah dengan semangat yang jitu. Usah berputus asa tika di uji. Yakin dan pasti, Terlalu banyak seni halus dalam hidup ini yang tidak mampu kita tafsirkan. Percayalah, ada yang tersirat di sebalik tersurat. Allah lebih mengenali siapa kita daripada kita mengenal diri kita sendiri.


         Muhasabah bersama wahai hati, adakah kita tahu apakah yang kita lakukan ? Adakah ianya perintah atau laranganNya ? Adakah ' solat ' yang kita lakukan itu ikut-ikutan ? Atau kita masih tidak tahu ' solat' ? atau langsung tidak pernah terdetik di hati kita untuk Allah, Rasul dan Islam ? 


         Memikir, mentafsir dan meneliti ! lihatlah sekeliling kita. Angin dan udara, Langit dan awan, dan kepelbagaian ekosistem yang sedia ada. Siapakah yang mencipta ? Untuk apa dan kenapa ? Gunakanlah teori dan praktikal dalam menyimpulnya. Semoga bercambah keimanan kita padaNya. Semakin kita di uji, semakin dekat kita padaNya, dan semakin menyubur keimanan kita padaNya. Usahlah kita meratapi ujian demi ujian, tetapi persoalannya apakah setiap ujian itu mematangkan kita berfikir untuk Islam ?




1240pm. AbdeenHouse, Egypt







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More